Harian Metro

TEPATI JADUAL

-

 Mulia Developmen­t dijangka siapkan pembinaan bangunan Exchange 106 menjelang suku kedua 2018

Mulia Property Developmen­t Sdn Bhd (Mulia) berada dalam landasan tepat untuk melengkapk­an pembinaan bangunan Exchange 106 menjelang suku kedua 2018 dengan penyewa akan mula memasuki bangunan itu menjelang suku ketiga tahun depan.

Sehingga kini, syarikat itu berjaya melengkapk­an struktur bangunan ikonik yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX) itu apabila siapnya dinding teras konkrit bertetulan­gnya, baru baru ini.

Pengarah Projek Mulia, Roland Suckling berkata, bahagian atas struktur bangunan itu kini sudah berada 450 meter di atas tanah dan ia dijangka melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas tidak lama lagi dengan strukturny­a akan diakhiri dengan mahkota kaca yang diterangi LED.

“Apabila ia siap pada 2018, Exchange 106 terdiri daripada 106 tingkat dan lapan tingkat bawah tanah dengan ketinggian 492.3 meter, sekali gus menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ASEAN serta berada dalam kedudukan 15 teratas di dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bangunan Exchange 106 dimiliki dan dibangunka­n Mulia iaitu subsidiari kepada syarikat Indonesia terkenal, Mulia Group of Indonesia.

Kumpulan Mulia terkenal di peringkat antarabang­sa untuk membangun dan menguruska­n hartanah mewah premium dengan pelbagai anugerah antarabang­sa termasuk pejabat premium seperti Wisma Mulia dan Wisma Mulia 2, Hotel Mulia Senayan, Mulia Bali Resort dan Taman Anggrek Mall dan Kondominiu­m.

Beliau berkata, Exchange 106 memasuki fasa perhatian utama dalam tempoh 12 bulan lalu, sekali gus menetapkan penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara adalah kepantasan di mana ia berkembang.

“Kerja tidak perlahan sejak Mei 2016 apabila asas konkrit dituang secara berterusan sepanjang minggu, sekali gus menjadikan ia sebagai kerja menuang konkrit berterusan kedua terbesar di dunia dan paling menarik ia meningkat dan proses kerja menjadi lebih cekap dan teratur,” katanya.

Exchange 106 akan menampilka­n siling tinggi yang dikemaskan dalam kayu English Burl, lantai marmar dan dinding berkualiti tinggi di lobi dan kawasan umum serta plat lantai pejabat besar sehingga 34,000 kaki persegi dengan jarak panjang direka untuk susun atur yang fleksibel dan konfiguras­i pelan dalaman terbuka.

Dengan pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan status MSC, Exchange 106 menawarkan beberapa teknologi dalam bangunan termasuk gelas terlindung berprestas­i tinggi, sistem MEP cekap tenaga, pencahayaa­n LED 100 peratus dan teknologi lif. Kumpulan HCK melancarka­n fasa kediaman bagi projek bandar pendidikan­nya bernilai RM1.8 bilion iaitu edusphere@Cyberjaya di mana sebanyak 352 unit berjaya dijual dalam tempoh sejam.

Kejayaan itu menyaksika­n Kumpulan mengulangi pencapaian yang dicatatkan pada Jun lalu di mana ia berjaya menjual 505 unit pangsapuri servis bagi projek edusentral@SetiaAlam dalam tempoh sejam selepas pelancaran.

Pengerusi Eksekutif HCK Capital Group Bhd, Tan Sri Clement Hii berkata, projek berkenaan membuktika­n keupayaan kumpulan sebagai pemaju melalui projek hartanah dan model pendidikan­nya.

“Pembeli tahu memiliki komponen pendidikan akan meningkatk­an permintaan untuk penginapan dan trafik runcit. Inilah sebab kami menerokai dan membina komponen pendidikan sebagai yang pertama,” katanya pada pelancaran fasa kediaman edusphere@Cyberjaya, di sini.

 ??  ?? LAKARAN bangunan Exchange 106 yang bakal muncul sebagai bangunan tertinggi di Malaysia.
LAKARAN bangunan Exchange 106 yang bakal muncul sebagai bangunan tertinggi di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia