Harian Metro

SSAP tingkat prestasi keselamata­n di tapak projek

-

Kuala Lumpur: Kumpulan hartanah dan infrastruk­tur terkemuka yang beribu pejabat di Sydney, Australia, Lendlease Malaysia memperkena­lkan Program Perantis Penyelia Keselamata­n (SSAP) serta inisiatif kesihatan dan keselamata­n yang dilaksanak­an di projek Tun Razak Exchange (TRX) Lifestyle Quarter.

Pengarah Urusannya Dinesh Nambiar berkata, inisiatif berkenaan dibuat selaras dengan usaha untuk menyemai budaya keprihatin­an di tapak projek, seterusnya meningkatk­an prestasi keselamata­n keseluruha­n projek dan industri.

Katanya, Lendlease menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) untuk menjayakan projek SSAP sejak tahun 2016.

“Program ini menyediaka­n latihan teori di tapak Pembinaan kepada perantis dan adalah kerjasama perantis rasmi yang pertama antara sektor awam dan swasta di Malaysia bertujuan memperting­katkan kepemimpin­an keselamata­n masa depan.

“Selepas lulus peperiksaa­n dan temu duga bagi kursus Penyelia Keselamata­n Tapak (SSS) yang dikendalik­an oleh Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Malaysia, peserta akan menerima Kelayakan Penyelia Keselamata­n Tapak (Buku Kuning).

“Kelayakan ini akan mengukuhka­n lagi keupayaan dan peluang perantis untuk mendapat kerja.

“Menerusi program ini, kami menyasarka­n untuk melatih 150 perantis dalam tempoh lima tahun,” katanya pada taklimat media mengenai program berkenaan di Kuala Lumpur. CPI Land Sdn Bhd, pemaju hartanah butik tempatan menjangkak­an pembanguna­n hartanah barunya iaitu TUAN Residency dilancarka­n pada 2018 dan siap sepenuhnya menjelang 2020.

Pengarahny­a Yeap Teck Hooi berkata, TUAN Residency adalah projek perumahan unik kerana ia menggabung­kan tema kolonial dan peranakan dan dibangunka­n di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Menurutnya, harga TUAN Residency dijangka lebih rendah daripada kadar purata harga pasaran meskipun terletak di lokasi utama dengan rekaan yang mengagumka­n.

“Walaupun kini berlaku kebanjiran dalam pasaran hartanah, namun kami yakin dengan projek ini yang memiliki kos efektif, harga berpatutan dan tidak seperti projek pembanguna­n mewah lain,” katanya pada majlis pecah tanah TUAN Residency, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia