Harian Metro

Kerjasama ANGKASA, Pos Malaysia bakal jana RM150 juta

-

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) menyasarka­n transaksi bernilai antara RM100 juta hingga RM150 juta melalui kerjasama dengan Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dalam 12 bulan akan datang.

Presidenny­a Datuk

Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama antara ANGKASA dan Pos Malaysia itu memberi peluang kepada gerakan koperasi memanfaatk­an jaringan Pos Malaysia.

“Pos Malaysia berfungsi sebagai pusat sehenti pendaftara­n keahlian koperasi, pemohonan pembiayaan koperasi, platform promosi dan pemasaran dan jual beli emas Ar-Rahnu,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara ANGKASA dan Pos Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, kerjasama itu diharap memberi ruang baik kepada gerakan koperasi untuk menerokai peluang perniagaan koperasi ke tahap lebih optimum dan menjadikan­nya lebih berdaya saing pada masa depan.

“Kami yakin kerjasama ini memberi manfaat kepada koperasi dan menyasarka­n peningkata­n 10 peratus transaksi dalam tempoh 24 bulan akan datang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie

Mohd Salleh berkata, kerjasama itu tepat dengan usaha memperkasa­kan sektor koperasi dan ia memberi manfaat kepada Pos Malaysia dan ahli ANGKASA.

Menurutnya, kerjasama ini dijangka dapat sambutan berikutan jumlah ahli koperasi dan saiz rangkaian Pos luas merangkumi 1,000 cawangan termasuk 696 pejabat pos dan 200 pejabat pos mini.

 ??  ?? ABDUL Fattah (dua dari kanan) bertukar dokumen kerjasama dengan Mohd Shukrie.
ABDUL Fattah (dua dari kanan) bertukar dokumen kerjasama dengan Mohd Shukrie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia