Harian Metro

INI TAK KELAKAR

- Agensi

 Selebriti media sosial dibunuh selepas persenda raja dadah

Tindakan seorang remaja mempersend­a ketua kartel dadah terkenal Mexico di media sosial membawa padah apabila dia ditemui mati dengan badan dipenuhi peluru.

Juan Luis Lagunas Rosales, 17, adalah seorang selebriti media sosial dan mempunyai jutaan pengikut termasuk di Facebook, Instagram dan Twitter.

Remaja itu popular di media sosial kerana sering memuat naik gambar dan video lucu mengenai dirinya.

Baru-baru ini, Rosales memuat naik satu video mempersend­a dan menghina seorang ketua kartel dadah, Nemesio Oseguera Cervantes atau dikenali sebagai El Mencho.

Beberapa hari kemudian Rosales ditemui mati dengan badannya dipenuhi sekurang-kurangnya 15 peluru di Culiacan, Mexico.

Sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan mengepung Rosales yang berparti di sebuah bar pada Isnin lalu sebelum melepaskan tembakan ke arah remaja itu.

Penyerang dengan mudah mengesan Rosales selepas dia mengemas kini lokasi dia berada di Instagram.

Seorang pekerja bar berusia 25 tahun turut terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Rosales antara gelombang baru di Internet sering memuat naik gambarnya meluangkan masa dengan gadis cantik dan meminum alkohol.

Sebelum kejadian dia seolah-olah sudah meramal kematianny­a sendiri selepas menyunting gambarnya pada imej Tupac Shakur yang diambil tidak lama sebelum penyanyi rap terkenal itu mati ditembak.

El Mencho antara penjenayah paling dikehendak­i di Mexico dan sesiapa yang dapat membunuhny­a diberikan ganjaran AS$5 juta (RM20.4 juta).

Dia adalah ketua Generasi Baru Kartel Jalisco yang pernah bersekutu dengan Kartel Sinola diketuai raja dadah Mexico, El Chapo.

 ??  ?? ROSALES popular kerana sering memuat naik gambar dan video lucunya di media sosial. - Agensi
ROSALES popular kerana sering memuat naik gambar dan video lucunya di media sosial. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia