Harian Metro

Bakal hilang jari kerana dibelit rambut

-

Beijing: Seorang bayi berusia dua bulan berisiko kehilangan jari kakinya selepas dibelit sehelai rambut kemungkina­n kepunyaan ibunya.

Jari kaki bayi itu bertukar menjadi hitam dan bengkak selepas helaian rambut berkenaan menyekat aliran darahnya.

Rambut terbabit dipercayai terbelit di jari kakinya selama lebih 10 jam sebelum bapanya dikenali sebagai Fan, menyedarin­ya.

Doktor di Zhengzhou, wilayah Henan berkata, bayi itu mengalami nekrosis - satu bentuk kecederaan sel yang menyebabka­n kematian pada tisu hidup dan jari kaki kirinya mungkin perlu dipotong.

Akhbar tempatan melaporkan, daging di jari kaki bayi itu membengkak di sekeliling lilitan rambut ketika dia dibawa ke hospital.

Doktor kini memantau bayi itu untuk melihat sekiranya peredaran darahnya kembali seperti biasa dan mungkin jari kakinya dapat diselamatk­an.

Fan berkata, isterinya tiada di rumah sejak beberapa hari lalu kerana menjaga bapanya yang sakit di hospital menyebabka­n dia terpaksa menjaga bayi itu dan seorang lagi anak perempuann­ya berusia setahun.

Doktor sebelum ini berulang kali memberi amaran mengenai bahaya tersembuny­i terhadap jari kaki dan tangan bayi baru lahir yang disebabkan oleh rambut.

Keadaan itu boleh berlaku terutama dalam kalangan ibu baru melahirkan anak yang mengalami masalah keguguran rambut. Agensi

 ??  ?? KEADAAN jari kaki bayi malang itu yang kehitaman akibat dibelit helaian rambut. - Agensi
KEADAAN jari kaki bayi malang itu yang kehitaman akibat dibelit helaian rambut. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia