Harian Metro

TEMBIN PULA MENGGANAS Tingkat keselamata­n menjelang Krismas

- AFP

Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan gawai.enam lagi hilang selepas ribut tropika melanda selatan Filipina semalam mencetuska­n banyak banjir dan tanah runtuh, kata pe

Ribut tropika Tembin melanda pesisir timur Mindanao, pulau kedua terbesar negara itu sebelum subuh Bangkok: Seorang lelaki menembak mati bakal isterinya lima hari sebelum majlis perkahwina­n mereka selepas dia ditangkap mangsa curang dengan wanita lain.

Ronnanchai Panchart, 25, mengaku membunuh tunangnya yang juga pegawai pergigian, Nontiya Krowjattur­at dalam kejadian awal Selasa lalu di daerah Tha Sae, wilayah Chumphon.

Dia dan Nontiya, 25, sepatutnya melangsung­kan perkahwina­n pada Ahad ini di kampung mangsa yang terletak di daerah Sawi.

Polis masih menyiasat kes berkenaan yang kemungkina­n berlaku selepas suspek ditangkap berlaku curang oleh mangsa.

Menurut penyiasat, Nontiya bertengkar dengan Ronnanchai selepas mangsa menemui lelaki itu bersama wanita lain di rumahnya.

Nonthiya dibunuh pada jam 1 pagi dan mayatnya ditemui oleh rakan sekerja yang datang ke rumah selepas mangsa tidak hadir bertugas.

Rakan mangsa kemudian menghubung­i polis selepas melihat kesan darah di luar rumah selain kunci pintu yang pecah.

Polis yang membuat siasatan akhirnya menangkap tunang mangsa manakala seorang wanita dipercayai kekasih suspek turut ditahan. - Agensi Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia mengerahka­n kira-kira 180,000 anggota keselamata­n menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru tidak lama lagi, kata polis semalam.

Langkah terbabit dibuat susulan penangkapa­n lebih 13 suspek militan di negara paling ramai penganut agama Islam di dunia itu.

Seramai 13 suspek militan itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di seluruh Indonesia pada awal bulan ini.

 Filipina dilanda ribut kedua

dalam tempoh seminggu

Polis memberitah­u, kebanyakan suspek terbukti mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish atau pernah berjuang di Syria.

Jurucakap polis, Martinus Sitompul berkata, tiada ancaman keganasan dikesan sejak penangkapa­n itu tetapi aspek keselamata­n ditingkatk­an bagi melindungi gereja dan tempat awam antara 22 Disember hingga 2 Januari depan.

“Kami akan terus memantau dan berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 70,000 orang dari pelbagai agensi kerajaan, kumpulan masyarakat awam termasuk organisasi belia Islam terbesar negara itu akan membantu anggota keselamata­n.

Indonesia sudah lama memerangi kumpulan militan dan berdepan beberapa serangan bom termasuk pada malam Krismas 2000 yang menyebabka­n 18 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera. - AFP

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat memindahka­n seorang bayi dari sebuah kediaman yang dilanda banjir di Cagayan City di selatan Filipina semalam. - AFP
ANGGOTA penyelamat memindahka­n seorang bayi dari sebuah kediaman yang dilanda banjir di Cagayan City di selatan Filipina semalam. - AFP
 ??  ?? BEBERAPA anggota polis bermotosik­al meronda di satu kawasan perniagaan menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru di Jakarta. - Reuters
BEBERAPA anggota polis bermotosik­al meronda di satu kawasan perniagaan menjelang sambutan Krismas dan Tahun Baru di Jakarta. - Reuters
 ??  ?? SAAT-saat bahagia Ronnanchai (kiri) bersama tunangnya, Nontiya sebelum dia membunuh wanita itu. - Agensi
SAAT-saat bahagia Ronnanchai (kiri) bersama tunangnya, Nontiya sebelum dia membunuh wanita itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia