Harian Metro

SAYANGI ALAM SEKITAR

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Kepentinga­n memulihara dan menjaga kebersihan alam sekitar menjadi tanggungja­wab perlu digalas setiap lapisan masyarakat.

Satu daripada kaedah memupuk kesedaran mengenainy­a adalah dengan menggalakk­an mahasiswa aktif di dalam aktiviti kesukarela­wan.

Ia sebahagian inisiatif berkaitan bagi membentuk keperibadi­an dan memantapka­n kemahiran insaniah.

Menyedari hakikat itu, MSU College Sungai Petani, Kedah menganjurk­an program jalinan komuniti di kawasan Pantai Merdeka, baru-baru ini.

Pantai Merdeka adalah lokasi pelanconga­n terkenal di Kedah dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutama pada hujung minggu.

Program anjuran bersama Majlis Perbandara­n Sungai Petani (MPSP) dan syarikat E-Idaman Sdn Bhd itu membabitka­n 40 penuntut terdiri daripada pelbagai bidang pengajian.

Mereka bergotong-royong membersihk­an kawasan pesisiran pantai dengan mengutip sampah, membersihk­an kawasan tapak permainan dan mengutip daun kering.

Peserta, Gloria Usum Jok berkata, program membersih pantai mampu menimbulka­n kesedaran orang ramai khusus generasi muda terhadap penjagaan alam sekitar. “Semoga usaha ini membuka mata masyarakat supaya bersikap prihatin dalam menjaga alam sekitar supaya keindahan pantai terus dinikmati,” katanya.

40 pelajar MSU College bersihkan Pantai Merdeka

 ??  ?? PESERTA program mengutip sampah di pesisiran Pantai Merdeka.
PESERTA program mengutip sampah di pesisiran Pantai Merdeka.
 ??  ?? MSU College Sungai Petani menganjurk­an program jalinan komuniti.
MSU College Sungai Petani menganjurk­an program jalinan komuniti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia