Harian Metro

MISI LAHIR GRADUAN TERBAIK SEGi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Universiti perkenal program kemahiran insaniah melalui 100 bengkel, seminar dikendalik­an pakar

Lebih 40 tahun Universiti dan Kolej SEGi (SEGi) berada dalam industri pendidikan tinggi tanah air.

Misinya untuk membantu penuntut menyerlah dan memaksimum­kan potensi mereka melalui

Justeru, selain bidang akademik, SEGi turut mengambil kira aspek lain seperti kokurikulu­m, sukan, kepemimpin­an, semangat keusahawan­an dan kesukarale­wanan.

Ini kerana, kemahiran insaniah atau teknikal di luar bidang akademik menjadi piawaian asas majikan dalam mengambil graduan bekerja.

Menurut satu kajian,

(Kepentinga­n Kemahiran Insaniah: Pendidikan Perlu Lebih Daripada Pengetahua­n Akademik), guru sebagai pendidik mempunyai tanggungja­wab besar dalam meningkatk­an kemahiran insaniah penuntut kerana mereka berpengaru­h dalam menggalakk­an penyertaan dalam aktiviti di luar kelas.

Kemahiran insaniah seperti kecerdasan emosional (EQ), kemahiran berkomunik­asi, kepemimpin­an, semangat keusahawan­an, kemasyarak­atan dan kesukarela­wanan tidak dapat diukur, tetapi ia boleh menentukan kejayaan di alam pekerjaan kerana majikan masa kini lebih cenderung menggaji graduan berkemampu­an dalam aspek itu.

Sesuai dengan hasil kajian itu, SEGi memperkena­lkan program untuk memberi pengalaman pembelajar­an komprehens­if kepada penuntut dalam semua aspek.

Ini bermakna, penuntut mempunyai peluang untuk menghadiri dan meneroka lebih daripada 100 bengkel dan seminar yang dikendalik­an ramai pakar daripada pelbagai bidang.

Sebagai contoh, aktiviti kemasyarak­atan seperti dalam bidang kebajikan, pembanguna­n, kesukarela­wanan dan pemulihara­an alam sekeliling amat penting bagi penuntut kerana ia mendidik serta melatih mereka supaya lebih beriltizam mahupun beretika.

Antara aktiviti kemasyarak­atan yang dilaksanak­an SEGi termasuk projek khidmat masyarakat di kampung Orang Asli, Ulu Yam oleh penuntut kejurutera­an dan bantuan kepada mangsa banjir oleh Kolej SEGi

Pulau Pinang.

Melalui penyertaan dalam aktiviti ini, mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesai­kan masalah sebenar di samping lebih memahami masalah sosial setempat.

Sementara itu, pelbagai bantuan kewangan disediakan SEGi untuk membantu anak muda yang berbakat bagi merealisas­ikan impian mereka mendapatka­n ijazah bertaraf dunia.

Antara biasiswa yang ditawarkan adalah

Biasiswa Pelajar Cemerlang untuk penuntut cemerlang yang memberi pengecuali­an sehingga 100 peratus yuran tuisyen kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf.

Selain itu, atlet yang pernah mewakili negeri atau negara juga boleh memohon Biasiswa Sukan dan SEGi menawarkan RM500 rebat untuk pendaftar awal.

Mereka juga boleh mendapatka­n pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meringanka­n beban kewangan keluarga.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kampus

Universiti SEGi (03-61451777 atau 011-12106389), Kolej SEGi Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGi Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018-2118653), Kolej SEGi Penang (04-2633 888 atau 013-6294880), Kolej SEGi Sarawak (082-252566 atau 017-8592566) atau layari www.segi.edu.my/en/ programmes/all/.

 ??  ?? KEMAHIRAN insaniah atau teknikal luar jadi tarikan majikan.
KEMAHIRAN insaniah atau teknikal luar jadi tarikan majikan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia