Harian Metro

Dua pelumba bakal harungi jadual padat

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua pelumba yang terpilih daripada program Impian Ke MotoGP anjuran Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), bakal mengharung­i jadual perlumbaan padat bukan saja di Asia malah di Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata bagi tapisan pertama senarai peserta akan disenarai pendek sehingga 40 nama sebelum proses kedua dilakukan bagi memilih hanya lima pelumba terbaik.

Sekiranya terpilih, dua daripada lima peserta program akan menyertai perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia

(ARRC) dan

Kejuaraan

Motosikal

Remaja Dunia (CEV) di

Eropah, bermula Mac ini.

Baki tiga pelumba juga tidak akan diabaikan apabila mereka bakal menyertai Kejuaraan Cub Prix dan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) sebagai persediaan awal mengikuti jejak dua lagi pelumba itu pada tahun berikutnya.

“Permohonan dibuka sehingga hujung bulan ini. Pada minggu pertama Januari, kami akan menapis lebih kurang 40 peserta dan selepas itu melakukan dua hari pemilihan pada minggu seterusnya.

“Daripada situ, kami akan memilih lima peserta,” katanya.

Razlan dalam pada itu menjelaska­n nama sementara pasukan yang bakal ditubuhkan khas bagi program ini ialah SIC ZK Racing sempena nama ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin.

“Yang akan mengendali­kan program ini ialah Zulfahmi, SIC dan bekas pelumba yang terkenal dalam industri permotoran, Zamani.”

 ??  ?? ZULFAHMI
ZULFAHMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia