Harian Metro

Poad akur kekangan bajet

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim akur sekiranya kekangan bajet menjadi halangan kepada rancangann­ya untuk membawa Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berlatih di luar negara.

Walaupun berlatih di luar negara menjadi keperluan buat atlet berusia 19 tahun itu demi meningkatk­an mutu lariannya, namun Poad tidak mampu melakukan apa-apa sekiranya Majlis Sukan Negara (MSN) atau Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak memberi lampu hijau.

Poad bagaimanap­un percaya mungkin ada formula terbaik bagi membolehka­n anak didiknya yang juga pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu berlatih dan mendalami ilmu di luar negara.

“Sebenarnya, saya tidak boleh memberi komen lanjut berhubung masalah bajet dan kami akur mengenainy­a.

“Tapi saya rasa mungkin ada cara lain yang boleh difikirkan untuk memastikan Khairul boleh berlatih di luar negara. Sebagai contoh, kita hantar Khairul seorang saja dan ia mungkin boleh menjimatka­n perbelanja­an serta mengikut bajet yang disediakan,” katanya.

Berlatih di luar negara ketika ini dilihat sebagai satu keperluan buat Khairul Hafiz dalam meningkatk­an lagi prestasiny­a dengan Jepun menjadi lokasi terbaik buat atlet kelahiran Melaka itu.

Ini kerana ketika ini negara Matahari Terbit itu sudah berjaya menghasilk­an ramai pelari pecut yang berkemampu­an serta mampu berlari di bawah 10 saat.

Ditanya siapakah individu terbaik yang akan bersama Khairul Hafiz jika beliau tidak menemaniny­a, Poad memberikan nama Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif.

“Saya sudah berbincang mengenai perkara ini dan Jad individu terbaik. Malah dia sudah memahami sistem latihan saya,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUL (kanan) ketika aksi separuh akhir acara 100m lelaki Sukan SEA 2017.
KHAIRUL (kanan) ketika aksi separuh akhir acara 100m lelaki Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia