Harian Metro

SITUASI SUKAR Mesyuarat tergempar PSM hari ini

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Malaysia perlu menerima hakikat betapa hanya Datuk Lee Chong Wei yang mempunyai watak sebagai seorang pejuang berbanding pemain badminton lain sama ada

(gambar)

di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau yang bergerak secara profesiona­l.

Bekas pemain perseorang­an negara, Rashid Sidek berkata, situasi itu memberikan kesukaran buat jurulatih untuk menyenarai­kan pemain bagi menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, Februari depan yang juga pusingan kelayakan Piala Thomas 2018.

“Saya fikir semua orang boleh lihat sendiri, hanya Chong Wei yang benar-benar ada watak sebagai pejuang ketika di atas gelanggang. Yang lain semuanya belum capai tahap seperti Chong Wei.

“Untuk memilih pemain terutama pemain perseorang­an, saya fikir jurulatih perlu lihat semua aspek... antara yang paling penting adalah pengalaman pemain. Bermain dalam kejohanan berpasukan tidak sama seperti saingan individu dan tekanannya juga berbeza.

“Saya ambil contoh seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dia ada pengalaman dan prestasiny­a juga baik sebelum mengalami kecederaan. Saya lihat dia sekarang bekerja keras untuk capai tahap terbaiknya selepas pulih daripada kecederaan,” kata Rashid ketika dihubungi, semalam.

Chong Wei kelmarin berkata, faktor utama yang perlu diambil kira dalam memilih barisan pemain perseorang­an lelaki bagi menghadapi kejohanan di Alor Setar adalah mereka yang memiliki perwatakan seorang pejuang.

Pemain nombor dua dunia itu, berkata tiada guna menyenarai­kan pemain yang hanya sekadar mahu menempatka­n diri dalam pasukan tetapi apabila diturunkan gagal memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.

Rashid memberitah­u pemilihan pemain bagi menggalas tugas sebagai perseorang­an ketiga adalah cukup penting terutama apabila Malaysia berdepan perlawanan penentuan untuk meraih kemenangan.

“Apabila keputusan terikat 2-2, pemain perseorang­an ketiga yang akan menjadi wira kemenangan atau punca kekalahan. Jadi, penting untuk kita menilai sebaik-baiknya siapa yang layak untuk menggalas tugas itu.

“Jurulatih tidak boleh sambil lewa dalam isu pemilihan pemain kerana silap percaturan kita tidak akan layak ke pusingan akhir,” katanya. Georgetown: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk menyelesai­kan isu penggugura­n sukan itu daripada program sukan teras negara dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata mesyuarat tergempar itu akan dihadiri semua anggota PSM dan juga majlis sukan negeri-negeri untuk mengumpulk­an maklumat bagi menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, selepas mesyuarat berkenaan mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi membincang­kan isu berkenaan.

Katanya, kementeria­n harus bijak membezakan bahawa program sukan teras dan Sukma adalah dua perkara berbeza.

“Saya berasa ini sesuatu yang tidak kena dan tidak betul, malah saya anggap keputusan itu tidak bijak untuk menggugurk­an sepak takraw.

“Selepas saya mendapat maklumat dari negeri-negeri, saya akan berjumpa dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail terlebih dulu, sebelum membincang­kan perkara itu dengan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

>>Kejohanan Berpasukan Asia berlangsun­g pada Februari depan  Rashid gesa pemilihan pemain perseorang­an ke Kejohanan Berpasukan Asia perlu lebih teliti

Ahmad berkata sepak takraw mula dipertandi­ngkan sejak penganjura­n pertama SUKMA, namun sukan berkenaan hanya disenarai dalam program sukan teras negara pada 2008.

“Saya berharap pihak kementeria­n akan mengkaji semula keputusan itu kerana sepak takraw adalah satu-satunya sukan mula diwujudkan di rantau ini,” katanya.

Media pada minggu lalu melaporkan, Khairy mengumumka­n angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 jenis sukan teras negara di bawah program MSN bermula SUKMA Perak 2018.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerus­ikan Khairy, berikutan prestasi merosot tiga sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata penganjura­n kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) dalam tempoh sembilan minggu lalu berjaya menarik lebih 5.3 juta penonton, yang jelas menunjukka­n bahawa sukan itu masih diminati ramai.

“Tetapi apapun yang akan berlaku selepas ini, SUKMA harus ada sepak takraw kerana setiap negeri telah membelanja­kan kewangan yang besar untuk memajukan sukan ini,” katanya. – BERNAMA

 ?? Rashid Sidek ?? Jurulatih tidak boleh sambil lewa dalam isu pemilihan pemain kerana silap percaturan kita tidak akan layak ke pusingan akhir”
Rashid Sidek Jurulatih tidak boleh sambil lewa dalam isu pemilihan pemain kerana silap percaturan kita tidak akan layak ke pusingan akhir”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia