Harian Metro

RAMUAN KEJUTAN

- Farah Azharie farahazhar­ie@bh.com.my

 Gavin percaya pasukan Asia mampu atasi pasukan Eropah

Pemenang gelaran Order of Merit Jelajah Asia, Gavin Green percaya pasukan Asia mempunyai semua yang diperlukan bagi melakar kejutan ke atas juara bertahan, pasukan Eropah pada saingan Piala EurAsia dari 12 hingga 14 Januari ini.

Gavin, 23, antara enam pemain yang akan membuat penampilan pertama dalam pasukan Asia yang turut dibarisi rakan senegara, Nicholas Fung; Yuta Ikeda and Hideto Tanihara (Jepun); Li Haotong (China); Anirban Lahiri dan S.S.P. Chawrasia (India).

Turut tersenarai tiga pemain Thailand, Poom Saksansin, Kiradech Aphibarnra­t dan Phachara Khongwatma­i selain Byeonghun An dan Sunghoon Kang, kedua-duanya dari Korea Selatan.

“Ini akan menjadi sesuatu yang baharu untuk saya tetapi ia satu penghormat­an mewakili Asia. Pasukan kali ini dibarisi rata-ratanya pemain

(gambar)

muda tetapi masing-masing mempunyai pengalaman luas beraksi dalam kejohanan besar,” kata Gavin.

Susulan prestasi cemerlangn­ya sepanjang tahun ini, pemain muda Malaysia itu akan menjadi sebahagian daripada pasukan Asia yang diketuai kapten, Arjun Atwal dari India dan akan menentang pasukan Eropah yang diketuai Thomas Bjorn pada saingan yang berlangsun­g di Kelab Golf dan Country Glenmarie.

Juara Taiwan Masters itu percaya dengan kemampuan Arjun untuk memimpin pasukan mencipta kemenangan ke atas pasukan Eropah.

“Arjun seorang kapten yang hebat kerana dia pernah bermain dan memenangi gelaran Jelajah PGA (Kejuaraan Wyndham 2010). Dia membantu sebuah pasukan yang kuat.

“Kamu perlu bermain dengan baik sepanjang tahun untuk dipilih beraksi dalam saingan Piala EurAsia. Jadi, ini peluang yang terbaik untuk kami,” kata Gavin.

Pasukan Eropah akan dibarisi Rafa Cabrera-Bello, Paul Casey, Paul Dunne, Ross Fisher, Matthew Fitzpatric­k, Tommy Fleetwood, Tyrrell Hatton, Alex Levy, Alex Noren, Thomas Pieters, Henrik Stenson danBernd Wiesberger.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia