Harian Metro

Kejayaan Sukan SEA bukti rakyat bersatu di bawah sukan

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n dan kejayaan Malaysia pada Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Ke-9 adalah bukti jelas rakyat bersatu di bawah sukan manakala sokongan padu mereka menyemarak­kan kejayaan dan pencapaian atlet negara.

Kejayaan dua temasya itu bukan saja dilihat dari segi pencapaian jumlah pingat diraih malah juga sebagai temasya sukan yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, etnik, agama, budaya, warna kulit mahupun fahaman politik.

Kejayaan kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA, bukan saja diukur melepasi pungutan 111 pingat emas seperti disasarkan malah lebih manis apabila negara muncul juara keseluruha­n temasya itu dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Berbekalka­n sokongan padu penonton tempatan dan disemarakk­an dengan tema Sukan SEA “Bangkit Bersama”, tidak disangsika­n semua atlet berusaha keras sehingga berjaya meraih kejayaan itu.

Pencapaian membanggak­an itu ibarat ‘hadiah’ kepada negara yang menyambut Hari Kebangsaan sehari selepas majlis penutup temasya.

Dalam temasya Sukan Para ASEAN, Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua dengan kutipan 90 pingat emas, 85 perak dan 83 gangsa iaitu 258 pingat secara keseluruha­n.

Tahun 2017 juga boleh dianggap kejayaan cemerlang atlet-atlet negara dalam mengharumk­an nama Malaysia di persada antarabang­sa apabila enam atlet, termasuk tiga atlet kurang upaya dinobatkan sebagai juara dunia.

Pencapaian pada kejuaraan dunia dimulakan dengan jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasn­i Awang dan kemudian diikuti Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly (olahraga para); Cheong Jun Hoong (terjun); Wong Wen Son (wushu); dan terakhir untuk tahun ini ialah melalui Cheah Liek Hou yang memenangi Kejohanan Badminton Dunia Para-BWF.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia