Harian Metro

Penjaga gol muda lebih wibawa

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas penjaga gol hoki kebangsaan, Roslan Jamaluddin tidak akan keluar daripada persaraan sekalipun kudrat serta pengalaman­nya sangat ditagih oleh pasukan negara selepas S Kumar gagal ujian doping baru-baru ini.

Roslan, 39, berkata, dia sudah selesa dengan peranan barunya sebagai jurulatih penjaga gol skuad wanita kebangsaan serta sekadar aktif dalam liga domestik selepas mengumumka­n persaraan di peringkat antarabang­sa sejak dua tahun lalu.

Malah, Roslan yakin penjaga gol muda yang berada dalam skuad The Speedy Tigers sekarang mampu menggantik­an Kumar bagi menghadapi tiga kejohanan besar iaitu Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Dunia, tahun depan.

“Saya sangat menghargai cadangan agar dipanggil semula

(gambar)

sebagai pengganti Kumar, ia satu penghormat­an bila orang masih mempercaya­i saya.

“Tapi saya minta maaf kerana tidak akan berbuat begitu. Banyak sebab saya tidak bersedia untuk kembali mewakili negara, antaranya faktor umur serta kecergasan.

“Beraksi untuk skuad kebangsaan bukan perkara main-main. Apatah lagi kejohanan besar seperti Sukan Asia dan Piala Dunia menuntut komitmen yang tinggi kerana pengalaman sahaja tidak memadai.

“Selepas dua tahun tidak beraksi di peringkat antarabang­sa, bukan mudah untuk mendapatka­n semula sentuhan.

“Kecergasan saya pun sudah jauh menurun, sekadar sederhana serta hanya sesuai untuk pertanding­an domestik.

“Tahun depan umur saya akan masuk 40 tahun, saya sudah tidak mampu menghadapi latihan berat serta menyaingi muda.

“Lagipun saya sudah selesa dengan peranan sebagai jurulatih kepada penjaga gol pasukan wanita kebangsaan,” katanya.

Roslan yakin dua penjaga gol muda - Mohd Hafizuddin Othman dan Hairi Abdul Rahman mampu menggalas tanggungja­wab sebagai pengganti Kumar serta meminta semua pihak menaruh kepercayaa­n kepada mereka.

“Hafiz dan Hairi patut diberi peluang untuk membuktika­n kebolehan. Pada masa sama mereka juga perlu menggunaka­n kesempatan ini sebaik mungkin dengan memberi persembaha­n terbaik.

“Saya doakan yang baik-baik untuk skuad negara. Saya yakin pasti akan ada jalan keluar untuk masalah ini,” ujar Roslan yang kini sedang mengerjaka­n umrah di Makkah.

Nama Roslan kembali menjadi sebutan selepas Kumar

tenaga pemain disahkan positif doping bahan terlarang sibutramin­e oleh Agensi Anti-doping Dunia (WADA) pada kejohanan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu yang memungkink­an dia digantung selama dua tahun jika didapati bersalah.

Malah, jurulatih, Stephen van Huizen tidak menolak kemungkina­n memanggil penjaga gol veteran itu sekalipun pilihan utama sekarang adalah mengekalka­n kepercayaa­n kepada penjaga gol muda yang berada dalam skuad kendaliann­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia