Harian Metro

KELAJUAN BERI KEPUASAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Bila bercakap mengenai kereta kawalan jauh, perkara pertama akan terlintas di depan mata adalah sejenis permainan atau hobi yang kebiasaann­ya diminati oleh golongan kanak-kanak.

Tapi jika melihat kepada aspek lebih meluas, hobi bermain kereta kawalan jauh sebenarnya turut menjadi kegilaan golongan dewasa sebagai mengisi masa lapang mereka.

Antara yang begitu menggilai hobi itu adalah atlet bowling negara, Ahmad Muaz Mohd Fishol yang mempunyai kereta kawalan jauh model 1/8 scale RC GP Onroad khusus untuk tujuan berlumba di atas litar khas.

Muaz berkata, segala-galanya bermula sekitar hujung tahun lalu ketika dia sedang mencari idea apakah hobi yang boleh diisi pada masa lapang.

“Sebenarnya saya sudah lama bermain kereta kawalan jauh tetapi sejak pertama kali hadir ke Kuala Lumpur pada 2011, saya tinggalkan terus hobi itu. “Kemudian pada hujung tahun lalu, saya ambil keputusan untuk bermain semula kereta kawalan jauh untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu.

“Lagi pun saya memang sukakan kepantasan. Tak dapat berlumba dengan kereta sebenar tetapi berlumba bersama kereta kawalan jauh pun dah cukup seronok,” katanya.

Jelas Muaz, dia kemudian berbelanja sekitar RM5,000 untuk membeli sebuah kereta kawalan jauh khas untuk berlumba.

“Setakat ini saya sudah menyertai tiga daripada empat pusingan perlumbaan yang berlangsun­g di litar di Kepong.

“Alhamdulil­lah pada pusingan terakhir baru-baru ini, saya berjaya mendapat tempat kedua, tewas kepada bekas juara dunia,” katanya.

Ditanya adakah sukar untuk bermain kereta kawalan jauh itu, Muaz tidak menafikann­ya, lebih-lebih lagi ketika memasuki pertanding­an.

“Ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan, setiap peserta perlu mengawal rasa berdebar sebab kereta ini sangat laju.

“Jika tidak dapat mengawal perasaan gementar memang susah hendak mengawalny­a.

“Bagi saya, ia lebih sukar berbanding kita memandu kereta sebenar di atas litar kerana setiap peserta perlu mengendali­kan kereta mereka menggunaka­n alat kawalan jauh di tepi litar.

 Muaz tak kisah habis RM5,000 beli kereta kawalan jauh khas

“Jadi kena agak-agak ketika mengambil selekoh dan di laluan lurus,” katanya.

Muaz tidak menafikan dengan berkecimpu­ng menerusi hobi itu, ia dapat menghilang­kan seketika rasa tekanan sebagai atlet bowling negara.

“Memang saya dapat lupakan seketika rutin harian sebagai pemain bowling.

“Lagipun hobi ini ada kaitan dengan saya sebagai atlet, iaitu perlu sentiasa tenang menghadapi situasi getir,” katanya.

 ??  ?? MUAZ (kiri) mendapat tempat kedua dalam perlumbaan yang disertai baru-baru ini.
MUAZ (kiri) mendapat tempat kedua dalam perlumbaan yang disertai baru-baru ini.
 ??  ?? MUAZ bersama kereta kawalan jauh miliknya.
MUAZ bersama kereta kawalan jauh miliknya.
 ??  ?? AKSI Muaz (dua kiri) ketika Sukan SEA 2017.
AKSI Muaz (dua kiri) ketika Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia