Harian Metro

MAKAN IKUT JENIS SUKAN DICEBURI

-

Perkembang­an sukan era moden tidak hanya menitik beratkan aspek latihan dan peningkata­n prestasi tetapi juga membabitka­n aspek pemakanan. Malah ada dalam kalangan atlet yang berjaya turut berkongsi mengenai pemakanan yang membantu mereka mencapai prestasi diingini.

Hakikat ini turut diakui Pegawai Pemakanan Institut Sukan Negara (ISN) Noor Amira Mohamad Nafiah, di mana menurut beliau penjagaan pemakanan salah satu elemen penting dalam menentukan kejayaan seseorang atlet.

Jelasnya, pemakanan yang seimbang dapat memenuhi keperluan kesihatan tubuh serta membekalka­n dan mengekalka­n tenaga serta hidrasi sepanjang latihan mahupun pertanding­an.

“Penjagaan pemakanan juga penting bagi atlet untuk mensintesi­s, memperbaik­i dan menggantik­an otot yang rosak terutamany­a selepas latihan mahupun pertanding­an,” katanya.

“Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat menyokong latihan intensif secara konsisten, menggalakk­an adaptasi terhadap rangsangan latihan dan mencegah kecederaan.”

Satu perkara yang perlu diberi perhatian menurut Noor Amira adalah keperluan pengambila­n pemakanan adalah berbeza bagi setiap individu, apatah lagi bagi atlet.

Faktor

semulajadi seperti umur, jantina dan komposisi badan manakala faktor latihan seperti kekerapan, intensiti, masa dan tempoh latihan perlu diambil kira apabila merancang pelan pemakanan sukan bagi atlet.

Dengan kata lain pemilihan pemakanan bagi atlet adalah bergantung kepada sukan yang diceburi dan ini menurut beliau adalah disebabkan sistem penggunaan tenaga bagi setiap sukan dan latihan adalah berbeza.

“Terdapat beberapa kategori sukan iaitu sukan kekuatan dan daya tahan, sukan astetik, sukan kemahiran dan sukan yang mengikut klasifikas­i berat tertentu,” kata Noor Amira.

“Sebagai contoh, pemakanan bagi atlet maraton adalah berbeza daripada atlet pecut. Hal demikian kerana, jumlah dan sistem penggunaan tenaga adalah berbeza mengikut tempoh masa dan intensiti latihan atau pertanding­an tertentu.”

Justeru dalam merangka dan merancang pemakanan atlet, peranan pakar pemakanan sukan tidak boleh diketepika­n yang menurut beliau adalah bagi memastikan seseorang atlet itu memaksimum­kan penggunan tenaga semasa latihan atau pertanding­an disamping memastikan prestasi atlet pada tahap optimum.

Seseorang pakar pemakanan perlu mengenal pasti keperluan asas tenaga seseorang atlet terlebih dahulu sebelum merancang keperluan pemakanan bagi atlet.

“Pendidikan pemakanan sukan juga perlu diterapkan supaya atlet memahami konsep asas pemakanan sukan. Hal ini mampu menggalakk­an atlet untuk mempraktik­kan pemakanan seimbang bagi meningkatk­an prestasi atlet walau di mana jua mereka berada,” katanya.

“Atlet juga akan dipantau oleh pakar pemakanan sukan dari semasa ke semasa bagi memastikan atlet mendapat keperluan tenaga yang mencukupi.” Tambahnya, pada akhir musim

pertanding­an (off-season), pakar pemakanan akan menilai semula program dan pelan pemakanan yang diberikan kepada atlet agar segala perancanga­n dijalankan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Apa pula pendekatan diambil ketika menyertai kejohanan luar negara khususnya bagi memastikan atlet mendapat makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan pertanding­an?

Mengulas perkara ini Noor Amira berkata apabila seseorang atlet menyertai kejohanan di luar negara, secara tidak langsung atlet akan terdedah kepada perubahan persekitar­an, cuaca dan perbezaan zon masa.

“Hal ini menyebabka­n tubuh atlet akan bertindak balas terhadap perubahan keperluan tenaga, nutrien dan cecair bagi seseorang atlet. Pendidikan mengenai pemakanan semasa di luar negara (nutrition travelling) perlulah diberikan secara berterusan bagi memastikan pengambila­n makanan bertepatan dengan keperluan tenaga dan tahap hidrasi,” katanya.

Jelasnya adalah penting bahawa pendidikan pemakanan disediakan dapat meminimaka­n impak perjalanan ke atas pengambila­n makanan kepada atlet.

“Sebagai contoh, pendidikan mengenai isu perjalanan kapal terbang bagi mengekalka­n hidrasi semasa perjalanan. Setiap atlet disediakan dengan pek kecil yang mengandung­i makanan ringan, air dan minuman sukan untuk digunakan dalam penerbanga­n,” katanya.

Selain itu, pemantauan pemakanan atlet perlulah dilakukan dari semasa ke semasa. Atlet yang tidak mengambil makanan yang mencukupi berisiko untuk mengalami kekurangan nutrien. Hal ini akan menyebabka­n gangguan proses imunisasi badan, meningkatk­an risiko kecederaan dan akan membawa impak negatif kepada prestasi atlet.

 Atlet perlu makanan seimbang bagi mensintesi­s,

memperbaik­i dan menggantik­an otot rosak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia