Harian Metro

RANTAI VARDY

- Reuters

 Smalling gesa pertahanan United lebih waspada berdepan Foxes di King Power

Manchester

Pertahanan Manchester United Chris Smalling semakin waspada dengan ancaman yang bakal diberikan penyerang Leicester City Jamie Vardy namun sudah bersedia untuk mengekang pergerakan pemain itu awal pagi esok.

Vardy menjadi nadi kepada kejayaan Leicester menjulang Liga Perdana Inggeris pada kempen 2015/16 dan meledak lapan gol dalam 18 aksi liga musim ini, selain satu jaringan Piala Liga ketika tewas kepada Manchester City.

Smalling berkata pertahanan United tidak boleh leka sebaik menjejakka­n kaki ke Stadium King Power.

“Dia bagaikan igauan ngeri buat pertahanan kerana sentiasa lincah dan pantas mendapatka­n bola.

“Dia sentiasa berupaya memperdaya­kan pertahanan, ia memang sesuatu yang sukar tetapi saya sudah bersedia untuk pertarunga­n itu berharap dapat membuatnya diam.”

United kini memburu kemenangan liga ketiga berturut-turut untuk mengejar pendahulu City tetapi perlu berdepan Leicester yang menang empat daripada lima perlawanan terakhir untuk melonjak ke tangga kelapan.

“Anda tahu kualiti dan pemain sayap mereka Demarai Gray sudah kembali menyertai pasukan dan Riyad Mahrez juga berada pada tahap terbaik,” kata Smalling.

“Jadi inilah pemain yang perlu kami halang dan setiap kali mendapat bola, kami perlu pastikan ia dirampas dari pertahanan mereka.”

 ?? Chris Smalling ?? Dia bagaikan igauan ngeri buat pertahanan kerana sentiasa
lincah
Chris Smalling Dia bagaikan igauan ngeri buat pertahanan kerana sentiasa lincah
 ??  ?? VARDY ancaman besar buat United.
VARDY ancaman besar buat United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia