Harian Metro

AMARAN NEYMAR

-

 PSG yakin singkir Real dalam aksi 16 terbaik Liga Juara-Juara

N(gambar)

eymar percaya Paris Saint-Germain

(PSG) mampu melakar sejarah dengan menyingkir­kan juara bertahan dan pemegang rekod kejuaraan ke-12, Real Madrid apabila kedua-dua pasukan dijadual bertemu dalam aksi 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Pendahulu liga Perancis ini dipertemuk­an dengan tonggak Real, Cristiano Ronaldo dalam pusingan berkenaan dan kelab berbelanja besar itu pastinya ingin ‘menuai hasil’ selepas melakukan pelaburan besar pada musim panas lalu.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sengit apabila menentang sebuah pasukan yang sudah kerap bersaing bersama sejak beberapa tahun ini dan juga sentiasa mahukan kemenangan, tetapi kami mampu menewaskan mereka,” kata Neymar sebaik saja PSG tiba di sini untuk kem latihan musim sejuk mereka.

“Kami mampu mencipta sejarah. Kami berada di sini untuk matlamat itu, bermain bola sepak dan mahu melakukan apa juga termampu untuk meraih kemenangan,” tambah pemain Brazil itu yang dibeli PSG dengan harga rekod dunia, 222 juta euro (RM1.07 bilion) Ogos lalu dari Barcelona.

PSG tidak pernah melangkah melepasi suku akhir dalam Liga Juara-Juara sejak kelab berkenaan diambilali­h pemilik dari Qatar pada 2011.

Mereka dijadual berkunjung ke Madrid untuk aksi pertama pusingan 16 terbaik pada Februari ini sebelum melayan kunjungan lawan mereka itu di Parc des Princes, 16 Mac.

Neymar yang diundi di tempat ketiga untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini juga mengakui sukar untuk dirinya memenangi anugerah tahun depan - satu penghargaa­n yang saling beralih tangan antara Ronaldo dan Lionel Messi sejak sedekad lalu.

“Ia bukan saja terjadi ke atas saya tetapi juga rakan pasukan saya. Apakah yang kami peroleh tahun ini. Yang jelasnya, Piala Dunia akan menjadi sangat penting... tetapi kami harus melakukan tugasan dengan sebaiknya apatah lagi pasukan akan menjadi keutamaan dan kemudian barulah memikirkan perkara individu,” kata pemain Brazil itu.

Neymar sudah meledak 17 gol dalam 20 perlawanan sejak tiba di Paris namun Kylian Mbappe percaya bahagian serangan pasukan akan menjadi lebih kuat selepas ini.

“Kami mempunyai bahagian antarabang­sa Sepanyol itu.

Kecemerlan­gan itu turut beri manfaat buat Lionel Messi apabila tiga daripada serangan yang hebat dan saya fikir kami mampu melakukan yang lebih baik lagi,” kata Mbappe. “Kami sudah bersama selama lima bulan dan kami mampu mempamerka­n peningkata­n tetapi untuk tempoh beberapa tahun mendatang, ia akan menjadi lebih baik.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan sangat baik tetapi masih ada lagi ruang untuk diperkemas­kan. Saya fikir, kami mampu mencapainy­a dengan pantas dan melakukan sesuatu yang hebat untuk PSG.

“Kami mempunyai ramai bakat tetapi untuk menjuarai gelaran, anda memerlukan sebuah pasukan tulen dan saya fikir, kami mampu melakukann­ya.” - AFP enam bantuan gol yang dihasilkan Alba adalah kepada bintang Argentina berkenaan. -AFP

 ??  ?? AKSI pemain PSG, Angel Di María (kanan) ketika sesi latihan di Doha, kelmarin.
AKSI pemain PSG, Angel Di María (kanan) ketika sesi latihan di Doha, kelmarin.
 ??  ?? SUAREZ (kiri) dan Alba tonggak pasukan Barcelona.
SUAREZ (kiri) dan Alba tonggak pasukan Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia