Harian Metro

Kepantasan minda beri Kaka kelebihan sebagai pemain tengah

-

kali pemain bola sepak bertaraf dunia berhasrat untuk bersara maka setiap peminat akan mengenangk­an kebolehan yang telah menyinari hidup. Demikian juga Kaka bintang bola sepak Brazil yang kini mengambil keputusan sedemikian. Kita akan kenang dan merindui seorang pemain bola sepak seperti bintang balet di atas padang.

Pemain tengah ini membawa satu seni ke atas padang yang berasingan dari yang lain ketika beraksi bersama pasukan gergasi Eropah, AC Milan serta Real Madrid. Beliau memenangi Serie A serta La Liga dan juga menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

Kaka miliki keseimbang­an pergerakan seperti beliau tidak

(gambar),

banyak berusaha tetapi kepantasan minda memberi kelebihan. Kepada yang dahagakan kebolehan seumpama Kaka boleh pula menyaksika­n Kevin De Bruyne dari kelab Manchester City.

Pemain berasal dari Belgium ini miliki corak permainan mirip Kaka dan ini terbukti apabila De Bruyne membawa persembaha­n Manchester City ke satu tahap tertinggi dapat disaksikan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, ada seorang pemain yang sudah mengorak langkah dengan mempersemb­ahkan prestasi matang mirip Kaka dan De Bruyne. Pemain tengah pasukan Bayer Leverkusen yang mula menunjuk bakat sewaktu berusia enam belas tahun pada 2016 kini menjadi pilihan utama kelab Bundesliga itu.

Mirip Kaka dan De Bruyne tetapi kidal, maka pasukan Jerman sudah mengenal pasti dan mempunyai pengganti bintang tengah, Mesut Ozil.

Pastikan anda tidak ketinggala­n menyaksika­n Kai Havertz, pemain tengah yang menarik.

Hampir lima bulan musim bola sepak 2017/2018 ini berlangsun­g dan didapati beberapa pemain di Eropah sudah menunjukka­n satu tahap tertinggi. Mungkin ramai tidak kenal Panagiotis Retsos tetapi pemain pertahanan ini sudah menjadi tulang belakang pasukan Schalke 04 di Bundesliga.

Sebuah pasukan yang sering dilanda masalah di bahagian pertahanan dua musim lepas berturut-turut kini mendapat faedah kerana mengenali serta yakin dengan pemain yang baru berusia 19tahun. Pertahanan yang tidak lasak tetapi bijak membaca keadaan serta mempunyai teknik kemas menyusun serangan, Retsos yang berasal Greece bakal menjadi pemain bertaraf dunia.

Seorang lagi pemain pertahanan menarik perhatian adalah Waldemar Anton yang mewakili kelab Hannover 96 yang juga beraksi di Bundesliga. Anton pula lebih lasak sebagai pemain pertahanan malah berkeboleh­an serta selesa menguasai bola. Pemain kelahiran Uzbekistan ini sudah pula membuktikk­an kebolehan apabila mewakili pasukan Bawah 21 negara Jerman merangkul kejuaraaan Eropah Bawah 21 tahun ini.

Kebolehan pemain ini bakal menjadi rebutan di peringkat senior di antara Uzbekistan dan Jerman tetapi bakat beliau harus diketengah­kan di tahap tertinggi bersama pasukan Jerman.

Sekiranya pemain tengah Argentina, Javier Mascherano ingin bersara maka pasukan dari Amerika Selatan itu harus memberi peluang kepada Santiago Ascacibar yang sudah mula menunjukka­n prestasi terbaik walaupun hanya berusia dua puluh tahun. Pemain tengah yang lasak ini memulakan musim 2017/2018 bersama pasukan VFB Stuttgart yang berjaya merebut tempat di Bundesliga selepas muncul naib juara di Bundesliga 2.

Baru-baru ini, Stuttgart menjadi tuan rumah kepada pasukan Bayern Munich dan Ascacibar mempersemb­ahkan corak permainan sebagai ‘defensif midfield’ yang kental apabila bersaing dengan James Rodriguez serta Arturo Vidal. Beliau juga berjaya menyekat Kingsley Coman dan Corentin Tolisso serta memberi keyakinan kepada barisan pertahanan Stuttgart.

Ini bukanlah persembaha­n terasing kerana pemain ini konsisten dalam semua perlawanan beliau diturunkan.

Akhirnya, pemilihan pemain bukan sahaja kerana bakat tetapi jurulatih yang mengenali kebolehan serta berani meletak pemain-pemain ini beraksi. Mujurlah adanya jurulatih yang tidak ‘buta bakat’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia