Harian Metro

KESILAPAN BESAR

- Firdaus Hashim firdaushas­him@bh.com.my

 Pelantikan Vingada ibarat mimpi buruk buat

Harimau Malaya yang kini di ranking 174

Ketika negara kecil seperti Fiji dan Nepal menutup kalender bola sepak antarabang­sa mereka bagi musim 2017 dengan catatan sempurna, skuad Harimau Malaya pula dihidangka­n skrip berbeza menjelang beberapa hari sebelum melangkah ke tahun baharu minggu depan.

Kedudukan ranking terbaru bagi bulan Disember yang dikeluarka­n Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Malaysia kekal berada di tangga ke-174 dengan 99 mata berbanding di tempat ke-161 pada Januari lalu.

Trend penurunan itu pastinya mengecewak­an tatkala Fiji sebuah negara yang tidak memiliki liga profesiona­l mampu meningkat daripada kedudukan di tangga 180 (Januari 2017) dunia naik ke-168 pada bulan ini.

Malah, lebih mengejutka­n apabila Nepal juga berjaya menempatka­n diri di posisi lebih baik berbanding awal tahun ini (175 Januari 2017) dengan berada di kedudukan 171 ketika ini.

Mengulas mengenai situasi itu, pengkritik bola sepak tanah air, Serbegeth Singh mengakui tahun 2017 antara tempoh sukar bagi pasukan kebangsaan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meskipun diterajui Presiden baru, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Mac lalu.

“Tahun 2017 menjadi mimpi ngeri bagi bola sepak Malaysia. Ini tidak dapat dinafikan. Kita harus menganggap bahawa ini adalah ‘rock bottom’ dan kita akan bangkit seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya

lagi,

kesilapan FAM melantik bekas pengendali dari Portugal, Nelo Vingada adalah kesalahan terbesar yang harus dijadikan iktibar oleh badan induk bola sepak tempatan itu.

Sebelum ini, Vingada dilantik sebagai ketua jurulatih bagi mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee yang mengendali­kan skuad bawah 23 tahun negara.

Beliau diberi kepercayaa­n oleh Tunku Ismail untuk mengembali­kan semula kegemilang­an bola sepak Malaysia namun bekas jurulatih Jordan dan Arab Saudi itu melepaskan jawatannya pada awal bulan ini susulan prestasi buruk skuad kendaliann­ya.

Sepanjang tujuh bulan beliau membimbing pasukan, Malaysia hanya mencatat dua keputusan seri dan lima kekalahan dalam tujuh aksi termasuk saingan Kelayakan Piala Asia 2019 dan perlawanan persahabat­an, antara rekod terburuk buat seorang jurulatih bola sepak kebangsaan.

Bagaimanap­un, kekosongan yang ditinggalk­an Vingada itu sudah diisi bekas penolongny­a yang juga anak

(gambar)

tempatan, Tan Cheng Hoe pada 7 Disember lalu.

“Bagi 2018, kita harus ketepikan emosi serta sentimen dan bertindak praktikal. Pihak FAM harus memperting­katkan mutu kejurulati­han di semua peringkat pasukan kebangsaan.

“Perjalanan liga harus lebih kemas tanpa henti-henti macam liga sosial. Adakah kita mempunyai strategi bolasepak antarabang­sa jangkamasa panjang?

“Apa yang saya nampak, FAM pada masa ini hanya ghairah memberi tumpuan kepada Piala AFF penghujung tahun depan saja. Saya harap mereka lebih serius untuk meningkatk­an persembaha­n dan ranking pasukan negara,” kata Shebby yang juga bekas pemain kebangsaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia