Harian Metro

Misi Bunyamin angkat skuad Tok Gajah

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pertahanan baru Pahang, Bunyamin Umar

menyasarka­n untuk membantu pasukannya merangkul satu piala dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018.

Justeru, pemain kelahiran Kedah itu berazam meningkatk­an lagi prestasi bagi mengekang kubu skuad Tok Gajah daripada dibolosi dengan jangkaan cabaran besar yang bakal diharungi.

Sebagai pemain baru dalam skuad Tok Gajah, bekas tonggak Selangor ini menyedari perlu berusaha untuk mendapat rentak awal sebagai persediaan membentuk keserasian.

“Sejak dua minggu bersama rakan sepasukan, saya semakin bersemanga­t terutama dalam usaha memperting­katkan lagi kualiti permainan.

“Sebenarnya, apabila ditawarkan bersama Pahang, saya berasa teruja dan terus bercita-cita membantu skuad itu menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

“Dengan dibarisi pemain

(gambar)

berpengala­man dan diperkuatk­an dengan tenaga import, skuad Tok gajah mampu mengucup kejuaraan,” kata pemain berumur 29 tahun itu.

Bunyamin berkata, pengalaman yang dimiliki akan digunakan dengan sebaik mungkin, khususnya di bahagian pertahanan.

Katanya, segala-galanya akan diserahkan kepada penilaian jurulatih, Dollah Salleh untuk menyenarai­kannya selaku pemain utama musim depan.

Bunyamin memulakan kerjaya sebagai pemain Kedah pada 2005 sehingga 2007, sebelum ke UPB-My Team (2007-2009) dan Selangor (2009-2017).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia