Harian Metro

Baddrol Paling Bernilai

-

Petaling Jaya: Tahun 2017 jelas menjadi detik gemilang buat perancang tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar apabila meraih tiga anugerah termasuk anugerah utama, Pemain Paling Bernilai dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) yang berlangsun­g di sini, semalam.

Selain meraih anugerah utama ABK 2017 itu, pemain tengah kebangsaan itu turut dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super musim ini dengan menyumbat sembilan gol.

Pengiktira­fan yang diterima pemain berusia 29 tahun itu susulan kejayaanny­a membantu Helang Merah merangkul Piala Sumbangsih dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) selain muncul juara Piala FA dengan menundukka­n Pahang.

Tidak cukup dengan kejayaan Baddrol itu, pasukan Kedah juga mendominas­i dua lagi anugerah apabila penjaga golnya, Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik, manakala perancang tengah dari Kosovo, Liridon Krasniqi dinobatkan Pemain Import Terbaik.

Kedah terus mendominas­i majlis anugerah itu apabila turut meraih tiga anugerah sampingan iaitu Penyokong Terbaik, Pasukan Terbaik selain Krasniqi turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Popular musim ini.

Sementara itu, anugerah Pemain Pertahanan Terbaik menjadi milik bek kanan Pahang, Matthew Davies sementara penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri menewaskan Amri Yahyah dan Syafiq Ahmad untuk merangkul anugerah Penyerang Terbaik.

Seperti dijangka, bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianath­an yang mengendali­kan FELDA United muncul selaku Jurulatih Terbaik sementara bekas pertahanan Selangor yang menyertai skuad Harimau Selatan musim depan, Adam Nor Azlin meraih gelaran Pemain Muda Harapan.

Bagi anugerah lain, pemain import JDT, Mohammed Ghaddar mengesahka­n status selaku penggempur berbisa Liga Super dengan 23 gol sekali gus melayakkan penyerang Lubnan itu merangkul gelaran Penjaring Terbanyak Liga Super.

Penjaring Terbanyak Liga Perdana pula menjadi milik penyerang Kuala Lumpur, Guillherme de Paula yang menjaringk­an 27 gol buat skuad The Hawks itu.

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana pula menjadi milik penyerang Kuantan FA, Abdul Malik

Mat Ariff yang meledak 15 gol sementara pendatang baru Liga Perdana,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia