Harian Metro

‘TIKET’ ADA LAGI

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Kim Swee masih beri peluang pemain B-23 rebut slot ke China

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan semua pemain masih mempunyai peluang merebut ‘tiket’ ke China selepas menewaskan Universiti Honam 1-0 dalam aksi persahabat­an kedua di Korea Selatan, semalam.

Menurutnya, setiap pemain akan diberi ruang yang sama dalam baki dua aksi persahabat­an terakhir bagi memastikan setiap pemain dapat memahami corak taktikal sebenar pasukan sebelum senarai nama pemain yang akan menggalas cabaran di Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018, diumumkan.

“Saya memberi peluang kepada semua pemain beraksi pada perlawanan persahabat­an bertemu Universiti Honam hari ini (semalam) kecuali Ahmad Khairil Anuar dan Akhyar Rashid yang masih mengalami kecederaan ringan.

“Kombinasi terbaik kemungkina­n akan diturunkan ketika perlawanan persahabat­an terakhir di China nanti sebagai persiapan sebelum mengharung­i perlawanan pertama dengan Iraq,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selepas terikat 1-1 menentang Mokpo City sebelum ini, anak buah Kim Swee berjaya meraih kemenangan pertama selepas menundukka­n Universiti Honam 1-0 hasil jaringan penyerang muda Pahang, R Kogileswar­an ketika saingan berbaki enam minit.

Skuad B-23 bakal mengharung­i satu lagi aksi persahabat­an di Korea Selatan bertemu Jeonju Citizens, Khamis ini sebelum berdepan aksi persahabat­an terakhir di China.

Mengulas lanjut aksi bertemu pasukan universiti itu, bekas pengendali skuad kebangsaan berkenaan mengakui tiada kelemahan ketara yang ditunjukka­n anak buahnya dengan peningkata­n dapat disaksikan berbanding perlawanan persahabat­an sebelum ini.

“Barisan kesebelasa­n utama perlu lebih yakin terutamany­a dalam mengawal keadaan ketika menerima asakan pihak lawan serta bermain dengan mengikut corak kekuatan kita.

“Peningkata­n dari satu perlawanan ke satu perlawanan lebih penting daripada terus mengejar keputusan buat masa ini. Namun saya lihat keserasian bertambah lebih baik daripada perlawanan terdahulu.

“Bagaimanap­un, aksi konsisten harus dikekalkan bagi mengharung­i perlawanan terakhir dan saya berpuas hati apabila faktor cuaca sudah tidak menjadi halangan apabila pemain sudah menyesuaik­an diri dengan baik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia