Harian Metro

FAM enggan terburu-buru guna sistem VAR

-

T-Team FC dianugerah­kan Anugerah Fair Play. Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat mengambil langkah berhati-hati apabila enggan terburu-buru untuk melaksanak­an penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, meskipun pada awalnya, pihaknya merancang menggunaka­n sistem itu namun kini perlu menunggu penilaian menyeluruh oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) terlebih dulu.

“Kita tunggu dulu selepas Piala Dunia 2018 kerana kita harus dapatkan maklum balas daripada FIFA dan AFC memandangk­an sistem ini adalah satu perkara yang baru saja diperkenal­kan.

“Selepas mendapat maklum balas dan kita lihat bahawa sistem ini dapat menyenangk­an semua pihak, kita akan melaksanak­annya.

“Namun buat masa ini, saya tidak pasti mengenai tempoh waktu yang tepat untuk kita gunakan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan pengadil FAM di Kelana Jaya, dekat sini, kelmarin.

Berdasarka­n perancanga­n awal, FAM bercadang menggunaka­n VAR dalam Liga M musim 2018, namun badan induk berkenaan menangguhk­an hasrat itu kerana mahu melihat terlebih dulu penggunaan sistem itu pada Piala Dunia 2018 di Russia.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menjelaska­n pihaknya sedang mengumpul maklumat dan membuat kajian terperinci sistem terbabit merangkumi aspek mendapatka­n pandangan serta cadangan daripada beberapa pihak profesiona­l termasuk Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM).

VAR adalah sistem video yang membolehka­n pengadil melihat semula beberapa insiden yang kurang jelas di atas padang dalam memastikan keputusan yang diambil tepat.

Sistem ini mula digunakan secara profesiona­l dalam aksi kompetitif di A-League dan Major League Soccer (MLS) sebelum liga ternama di Eropah seperti Bundesliga, Serie A serta Liga Portugal turut memanfaatk­an teknologi yang disifatkan berjaya meningkatk­an mutu pengadilan.

 ??  ?? BADDROL
BADDROL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia