Harian Metro

USAH BAGI TEKANAN

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

 Evan, Ilham perlu diberi masa serasi dengan bola sepak Selangor

Penyokong Selangor diingatkan tidak terlalu memberi tekanan kepada dua bintang baru dari Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn supaya mengulangi zaman kegemilang­an Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy bersama The Red Giants.

Ketua jurulatih Selangor, P Maniam meluahkan perkara itu kerana bimbang tekanan yang diberikan kepada dua pemain muda itu boleh menjejaska­n prestasi mereka yang dijadualka­n melaporkan diri, Selasa ini.

“Sudah tentu jika kita melihat Bambang dan Ellie, kedua-duanya pemain berpengala­man serta bagus.

“Kita tidak boleh bandingkan mereka dengan Dimas dan Ilham. Ini kerana kedua-dua import baharu ini masih muda dan dalam perjalanan ke arah menjadi pemain tersohor.

“Apa yang penting, kita perlu bagi masa untuk mereka terus mengembang­kan bakat dan menyesuaik­an diri dengan bola sepak di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Selangor di Padang SUK, di sini semalam.

Selangor mempunyai sejarah yang panjang dengan pemain Indonesia kerana sebelum kehadiran Andik Vermansyah dua musim lalu, Red Giants pernah diperkuatk­an dengan kehadiran dua legenda dari republik itu - Bambang dan Elie.

Sebenarnya juara 33 kali Piala Malaysia itu juga pernah mendapatka­n sentuhan pemain Indonesia lain seperti Ristomoyo Kasim pada tahun 1980-an, namun kedatangan Bambang dan Elie paling meninggalk­an kesan.

Sepanjang dua musim Elie dan Bambang memperkuat­kan Red Giants, perbagai kejayaan dikecapi antaranya menyapu gelaran treble pada kempen 2005/06 - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Bambang turut diangkat sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana 2005 dan meledak 63 gol dalam semua pertanding­an pada musim itu sehingga menjadikan tarikan utama untuk rakyat Indonesia yang bekerja di sini membanjiri Stadium Shah Alam.

Justeru, tidak mustahil andai venue baharu Selangor Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibanjiri rakyat Indonesia ketika kehadiran kedua-dua bekas pemain Bhayangkar­a FC itu bukan setakat mengembali­kan kegemilang­an pasukan tetapi boleh dianggap sebagai langkah pemasaran.

“Saya yakin Ilham dan Dimas juga bakal menjadi aset baharu Selangor sebab kedua-duanya mempunyai kemampuan teknikal yang tinggi dengan Ilham gaya permainann­ya selincah Andik.

“Sebab itu kita bawa kedua-dua pemain ini dan pada masa sama kita harap rakyat Indonesia di Malaysia juga akan datang memberi sorakan kepada pasukan,” kata Maniam.

 ??  ?? MANIAM (tengah) ketika sesi latihan Selangor di Padang SUK, Seksyen 6 Shah Alam.
MANIAM (tengah) ketika sesi latihan Selangor di Padang SUK, Seksyen 6 Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia