Harian Metro

FAM arah Kuantan FA bayar gaji tertunggak

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahka­n Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) untuk melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam pemain pasukan itu sebelum 15 Januari ini.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankua­sa Status FAM kali ketiga penggal 2017-2021 yang dipengerus­ikan Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Ayub, kelmarin.

Kuantan FA perlu membayar tunggakan RM36,100 kepada Amirullah Abd Razab; Mohd Shafiq Mat Isa (RM36,000); Muhammad Nur Zhafri Zaini (RM27,800); Nabilah Khan Razali (RM26,600); Mohd Fiqri Mohd Abdullah (RM11,250) dan Mohd Hasmie Aziz (RM7,500).

“Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankua­sa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an dan keputusan rasmi,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) diarah membayar pampasan gaji RM60,000 kepada K Thanaraj dan RM58,000 kepada Mohd Iqbal Mohd Suhimi dalam tempoh 30 hari akibat penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Jawatankua­sa itu turut membuat keputusan Kelab Bolasepak Felcra (FELCRA FC) harus membayar pampasan gaji RM65,000 kepada Azi Shahril Azmi dalam 30 hari kerana penamatan kontrak secara sebelah pihak, manakala Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dikehendak­i membayar tunggakan gaji RM6,000 dalam tempoh 14 hari kepada Muhammad Elfie Elyaz Harizam.

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikehendak­i membayar tunggakan gaji berjumlah RM72,000 dan tunggakan elaun perumahan RM9,000 dalam masa 30 hari kepada bekas pemainnya, Razi Effendi Suhit.

Sementara itu, tuntutan gaji yang dikemukaka­n empat pemain Kelab Bola Sepak DYS – Zainizam Marjan, Mohd Reithudin Ag Emran, Razid Gafar dan Mohd June Azrul Lalah terhadap kelab itu, ditolak. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia