Harian Metro

Syafiq teruja, tak sabar perkasa JDT

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Keinginan untuk berada dalam barisan utama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas amat membara buat pemain baru pasukan itu, Syafiq Ahmad

Justeru, pemain skuad bawah 22 (B-22) negara itu berazam untuk memikat pengendali pasukan, Ulisses Morais sepanjang sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan itu sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula pada Februari.

Syafiq yang juga kelahiran Pulau Pinang, mengikat kontrak selama dua tahun

(gambar).

bersama JDT baru-baru ini, selepas tidak menyambung kontrak bersama Kedah pada musim depan.

Ketika ditemui di sini, dia mengakui selesa dengan layanan diterima daripada barisan pemain senior pasukan yang begitu mesra menyambutn­ya menyertai pasukan juara Liga Super sebanyak empat musim berturut-turut itu.

Malah pemain berkenaan turut kagum dengan kemudahan serba canggih di pusat latihan Padang Seri Gelam yang bertaraf antarabang­sa itu.

“Sebagai seorang pemain, sememangny­a kami mahu menjalani latihan di tempat yang lengkap. Jelas JDT adalah tempatnya kerana segala-galanya begitu lengkap dengan padang rumput berkualiti dan pusat latihan tertutup selain gimnasium dan pusat rawatan canggih.

“Kita macam berada di Eropah ketika sesi latihan. Saya akui ia melonjakka­n lagi semangat untuk memberi sumbangan terbaik buat JDT.

“Malah sepanjang empat hari menjalani latihan, kami ibarat satu keluarga besar. semua pemain senior memberi kerjasama dan saya sendiri tidak kekok ketika menjalani latihan.

“Malah saya rasa latihan ketua jurulatih (Morais) lebih sistematik dan tersusun terutama latihan fizikal dan taktikal yang begitu berkesan serta tidak bercelaru. Ia mudah difahami dalam usaha meningkatk­an tahap kecergasan,” katanya.

Syafiq yang membantu skuad B-22 meraih pingat Perak dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu, tampak optimis betapa ada ruang untuk menempatka­n diri dalam skuad utama namun perlu berkerja keras lagi.

Katanya, latihan pra musim di Bangkok, Thailand yang bermula 8 Januari hingga 17 Januari ini menjadi medan terbaik untuk memperaga aksi konsisten apabila bakal beraksi pada aksi persahabat­an nanti.

“Pada latihan pra musim di Bangkok nanti adalah peluang terbaik untuk membuktika­n kelebihan yang ada pada diri saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia