Harian Metro

Bimbang lupa diri

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Single pertama, Senyum raih

9.3 juta tontonan di YouTube

Siapa sangka, baru berusia 16 tahun, pendatang baru As’ad Motawh yang tampil dengan single pertamanya berjudul Senyum berjaya meraih 9.3 juta tontoton di YouTube sejak video muziknya dimuat naik tiga bulan lalu.

Jika kebanyakan remaja pada usia 15 hingga 18 tahun masih tercari-cari apakah cita-cita sebenar selepas zaman persekolah­an, situasi yang sangat berbeza dilalui penyanyi As’ad atau nama sebenarnya, As’ad Ahmed Mohamed Motawh yang yakin dengan kerjaya dipilihnya.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, minatnya yang mendalam dalam bidang seni suara mula dipupuk sejak dibangku sekolah rendah lagi.

“Saya memang gemar menyanyi dan kerap memuat naik video nyanyian di Instagram, sama ada secara solo atau pun bersama rakan. Tapi, tidak sangka pula, ada antara lagu yang saya nyanyikan mendapat perhatian ramai.

“Paling mengejutka­n adalah lagu Despacito yang saya dendangkan mulai tular dan ditonton lebih dua juta kali di Instagram. Sejak itu, segala-galanya berubah apabila saya dilamar syarikat rakaman BeeGood Music untuk menjadi artis mereka. Bertitik tolak dari situ impian saya mahu bergelar penyanyi tercapai,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan dalam kalangan penyanyi seangkatan, As’ad yang kini memilih untuk belajar di rumah tidak mahu melihatnya daripada sudut negatif.

Katanya, dia optimis mahu terus berkarya untuk menghiburk­an semua peminat setianya.

“Kehadiran saya dalam industri hiburan bukan mahu bersaing atau nak buktikan apa-apa. Saya hadir untuk memeriahka­n industri dan mahu mengharumk­an nama negara.

“Alhamdulil­lah, saya sudah ke Indonesia untuk mempromosi­kan lagu Senyum dan mendapat sambutan menggalakk­an.

Saya bersyukur kerana ada syarikat rakaman dari Indonesia sudi melakukan promosi lagu ini.

“Selain itu, ada antara kalangan penyanyi yang seangkatan dengan saya adalah sahabat baik.

“Jadi istilah bersaing tidak timbul memandangk­an setiap daripada kami tampil dengan lagu dan imej berbeza,” katanya.

Ditanya mengenai apakah perkara paling digeruni apabila memasuki industri hiburan, As’ad berkata, dia bimbang andai namanya jatuh dengan mendadak selain lupa diri.

“Saya takut kalau satu hari nanti, nama saya jatuh. Ketika itu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya. Adakah saya sudah mencapai kejayaan atau sebaliknya. Disebabkan itu, saya perlu bekerja keras dan aktif supaya kehadiran saya terus konsisten.

“Selain itu, ibu juga selalu berpesan untuk sentiasa menjaga nama baik dan merendah diri kerana perjalanan seni yang ditempuh ini bukan mudah,” katanya.

Ditanya sama ada hatinya sudah dimiliki, As’ad memberitah­u dia masih bujang dan tidak tertikir untuk memiliki kekasih hati.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia