Harian Metro

Sorok dulu wajah anak

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sudah menjadi trend dalam kalangan selebriti yang tidak berkongsi wajah dan nama anak yang dilahirkan. Biarpun perkara itu antara yang dinantikan peminat, mereka ada alasan tersendiri.

Malah, ada antara mereka mendakwa mengikut sunah Rasulullah SAW iaitu berkongsi berita baik itu selepas tujuh hari kelahiran. Ada juga yang berahsia disebabkan terikat dengan kontrak membabitka­n program realiti stesen TV.

Bagaimanap­un, ada dalam kalangan peminat mereka tidak faham untuk membezakan perkara yang boleh dikongsi kepada umum atau bersifat peribadi.

Bagi mana-mana selebriti yang berkongsi, tentu saja mendapat pujian peminat. Sebaliknya yang berlaku kepada mereka mengambil pendekatan untuk berahsia terlebih dulu.

Persoalan sekarang, adakah menjadi satu kewajiban untuk artis berkongsi wajah dan nama anak mereka sejurus dilahirkan?

Cuit Sikit mengupas isu ini yang ada ketikanya menimbulka­n perdebatan peminat khususnya di laman sosial.

“Saya dan suami ada alasan tersendiri kenapa tidak berkongsi wajah dan nama anak pada awal kelahiran. Ketika itu kami terikat dengan kontrak program realiti. Pada masa sama, kami dulu wajah eksklusif Astro.

Namun, akhirnya baru saya tahu tindakan kami ada baiknya. Orang kata, memang tidak elok untuk berkongsi wajah anak selepas dilahirkan. Kalau boleh tunggu anak besar sikit iaitu sekurangku­rangnya selepas habis tempoh berpantang.

Namun, saya faham persepsi peminat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga mengkritik. Bagaimanap­un, dalam perkara ini ia terpulang kepada artis berkenaan.

Pada masa sama, masyarakat kita juga perlu diberi pendedahan mengenai perkara ini. Jangan disebabkan ada artis belum sedia berkongsi wajah anak, mereka dilemparka­n dengan kritikan. Macam saya dulu, apa saja dibuat semuanya salah.

Apa yang saya perasan sekarang, masyarakat kita juga sudah boleh menerima perkara ini. Malah, mereka bersetuju jika ada antara selebriti yang belum bersedia mendedahka­n wajah dan nama anak mereka.”

“Saya ikut petua orang tua dulu yang menyatakan tidak elok dedahkan wajah anak yang baru lahir. Beri sedikit masa. Pada masa sama, saya perlu menghormat­i pendirian suami. Saya ikut mana yang dirasakan sesuai.

Kadangkala saya okey, suami pula sebaliknya. Jadi, saya kena patuh. Mungkin apa yang difikirkan suami ada betul dan rasionalny­a. Jadi, saya tidak boleh ikut kepala sendiri.

Sama seperti selebriti lain, saya juga terfikir untuk mewujudkan akaun Instagram anak yang bakal lahir. Saya boleh mengabadik­an segala momen di situ. Ini juga satu lagi cara untuk saya berkongsi kepada peminat.

“Saya dan isteri berbesar hati hendak berkongsi wajah dan nama anak selepas dilahirkan tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran. Kami tidak mahu melanggar kontrak.

Disebabkan itu, serentak dengan penayangan program The Adventure of Aqeef Amyramar, baru kami berkongsi gambar kepada semua. Sebelumnya, tidak dinafikan hampir setiap hari peminat bertanya nama dan teringin melihat wajah anak.

Saya dan isteri mengambil keputusan memuat naik gambar anak tetapi tidak secara penuh. Sekurangku­rangnya dapat memenuhi permintaan peminat. Kami tidak mahu bertindak seperti segelintir artis lain yang meletakkan emoji pada wajah anak. Ia hanya menimbulka­n kemarahan orang.”

Segelintir peminat gagal

bezakan perkara boleh

dikongsi kepada umum dengan bersifat peribadi

 ??  ?? AMMAR
AMMAR
 ??  ?? SCHA
SCHA
 ??  ?? AMAR
AMAR
 ??  ?? SITI
SITI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia