Harian Metro

Jadi buruan

-

untuk menjadi penyerang masa depan dengan menyarung jersi nombor sembilan.

Legenda Brazil yang menjadi idola di Flamengo itu juga mengakui kehebatan yang dimiliki Lincoln iaitu pemain remaja yang mempunyai kekuatan tersendiri.

Nombor sembilan memang sangat klasik buat skuad kebangsaan Brazil dan Lincoln berhak untuk menyarung jersi berkenaan sama seperti legenda lain seperti Careca, Ronaldo dan Adriano.

Ketika Brazil beraksi di Kejohanan Amerika Selatan B-17, Lincoln berjaya membantu negaranya meraih kejuaraan kali ke-12 selepas mengalahka­n Chile 5-0 dalam perlawanan akhir.

Lincoln berjaya menjaringk­an lima gol keseluruha­n di kejohanan berkenaan, kurang dua gol berbanding pemenang kasut emas yang juga rakan sepasukann­ya, di Flamengo, Vinicius Jr.

Selepas sah Vinicius mengikat kontrak bersama Real Madrid Mei lalu, kini tidak mustahil Lincoln juga akan melakukan perkara yang sama berkelana ke Eropah.

Pengamal media baik di Brazil mahupun Eropah sudah meramalkan penyerang ini akan menjadi bintang terbaru Amerika Selatan satu hari nanti.

Antara pemain yang dikaitkan mempunyai persamaan dengan Lincoln ialah Adriano, penyerang sensasi Inter Milan dan dikenali dengan penyudah tajam.

Secara kebetulan Adriano yang pernah beraksi bersama Parma mula menunjukka­n kehebatann­ya ketika bersama Flamengo di liga Brazil.

“Saya mahu terus bekerjas keras dan melakukan lebih dari sekarang. Saya mahu menjadi pemain bintang bertaraf dunia pada satu hari nanti,” kata Lincoln.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH: Lincoln Correa Dos Santos TARIKH LAHIR: 16 December 2000
TEMPAT LAHIR: Serra, Brazil
TINGGI: 175sm
POSISI: Penyerang
KELAB SEMASA: Flamengo
NOMBOR JERSI: 29 PASUKAN KEBANGSAAN: Brazil B-17 (18 caps, 9 gol)
PROFIL NAMA PENUH: Lincoln Correa Dos Santos TARIKH LAHIR: 16 December 2000 TEMPAT LAHIR: Serra, Brazil TINGGI: 175sm POSISI: Penyerang KELAB SEMASA: Flamengo NOMBOR JERSI: 29 PASUKAN KEBANGSAAN: Brazil B-17 (18 caps, 9 gol)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia