Harian Metro

Candy semanis gula

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Beban yang dipikul pemain Manchester United, Daley Blind memang berat kerana dia bukan saja mewakili sebuah kelab tersohor dunia malah dibandingk­an dengan kehebatan bapanya, Danny iaitu legenda Ajax Amsterdam dan Belanda.

Bagaimanap­un, dia agak bertuah kerana ada individu yang sentiasa memberi sokongan padu dan berada di sisinya, iaitu Candy Rae Fleur, teman wanitanya.

Blind yang pernah meraih anugerah pemain terbaik Ajax pada musim 2012-13 dan Belanda (2013-14), tenang mengakui dia tetap sebagai lelaki biasa yang lain walaupun bercinta dengan pengamal media, model dan penari profesiona­l.

“Saya melihat diri saya sendiri seperti lelaki biasa dan kami berdua juga sama macam pasangan lain. Ada kalanya saya rasa ia agak sukar buat teman wanita saya, kerana sebagai seorang pemain bola sepak sudah tentu mendapat perhatian dari orang ramai.

“Candy memang memberikan sokongan padu kepada saya dan saya cuba untuk melakukan perkara sama kepadanya. Dia belajar dan menari, pada satu ketika saya sedar bahawa berada dalam keadaan terlupa bahawa dia juga sangat penting. Nasib baik dia membuatkan saya tidak lupa daratan,” Blind.

Gadis berusia 27 tahun itu memang sangat bertuah dapat mendamping­i seorang pemain yang versatil, ini kerana Blind dapat beraksi di beberapa posisi termasuk tengah, pertahanan tengah dan pertahanan kiri-kanan.

Sama seperti Blind, Candy pula memiliki kelebihan bukanhanya­pakardalam satu jenis tarian saja, malah hebat beraksi menghiburk­an penonton baik berbentuk jazz, jalanan dan moden.

Dia yang berkhidmat bersama Pusat Tarian

Jork dan Lydia sudah melakukan penampilan di beberapa majlis besar seperti Robin Thicke -

MTV EMA, Anniversar­y Capgemini, Cinclair Simons N-sign, Redsun Blaricum, Dinnershow V models, Mademoisse­le Paris-Oyster Club, Vouge Fashion Night, L’Oreal Hair, Redken hair show, Keune dan Year Party TNT 2012.

Candy juga berasal dari Amsterdam, Belanda dan menamatkan pengajian di Kolej Hermann Wesselink.

Tidak seperti pemain lain, Blind bukannya seorang yang suka mengembarg­emburkan percintaan­nya bersama Candy namun kedua-duanya sentiasa di lihat berada dalam keadaan gembira.

Ketika Blind memperagak­an aksinya di padang, Candy membuktika­n kepakaran di lantai tari, kerana itu yang dipelajari­nya di Kolej Herman Wesselink dalam jurusan seni.

“Saya tidak kisah walaupun kurang dikenali sebagai teman wanita Daley jika terserempa­k di jalanan. United adalah sebuah kelab di mana isteri dan teman wanita mereka akan menjadi tumpuan lensa kamera ketika meninggalk­an rumah. Saya bukan seperti itu dan cuba elak. Tidak ada jurugambar yang mengejar saya ketika berada di bandar di Amsterdam,” kata Candy.

Paling menarik walaupun kebanyakka­n wanita mengelak untuk mengenakan pakaian berwarna jingga namun Candy tidak kekok dan tenang berpakaian sempena jersi rasmi negaranya, ketika memberikan sokongan padu kepada Blind dalam perlawanan antarabang­sa.

Dia juga tahun ini melakukan sokongan luar biasa kepada kekasihnya ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila memakai topi besbol berwarna merah bersama rakan-rakannya yang berambut perang dan tertera perkataan ‘Team Blind’.

Apa saja yang dilakukan Candy sama seperti namanya iaitu sangat manis tanpa mengenakan sebarang solekkan tebal danpakaian­mahal.

 ??  ??
 ??  ?? SENTIASA bersama Blind dan menjadi tumpuan jurufoto.
SENTIASA bersama Blind dan menjadi tumpuan jurufoto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia