Harian Metro

ABK harus telus, konsisten dan prestij

-

Sekali lagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) yang berlangsun­g semalam (22 Disember 2017) disambut dengan perasaan bercampurb­aurdalamka­langan peminat bola sepak tanah air. Majlis anugerah yang mahu diangkat prestijnya oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tetapi setakat ini, masih belum rela untuk dijulang bersama.

Kelompok peminat mana yang ghairah dan bangga? Adakah penerima anugerah yang dinobatkan itu benar-benar yang terbaik? Banyak lagi persoalan seumpama itu turut dilontarka­n terhadap pemenang ABK 2017.

Namun, iktiraf melalui pemberian anugerah bukan amalan buruk. Ia tetap penting dan asam garam bagi menyuntik sokongan dalam mencari langkah kemajuan. ‘Mencipta selebriti’ juga kini menjadi komponen penting dalam agenda persekutua­n sukan antarabang­sa.

Syabas kepada pemenang anugerah manakala bagi yang belum dianugerah, teruskan perjuangan anda dengan lebih gigih!

Sebelum dikendalik­an FMLLP sejak 2015, ABK dilangsung­kan secara rasmi dari tahun 2005 di bawah urusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama penaja.

Malah, hasrat untuk mengangkat imej bola sepak negara melalui malam anugerah juga pernah diadakan secara ad-hoc pada tahun 1990-an. Prestij yang diharapkan ketika itu tidak sepenuhnya menjadi kenyataan, malah terencat dan tersekat-sekat.

Sudah tentu yang terbaiknya ialah menyaksika­n anugerah ini, sedang dipahat akronimnya sebagai ABK, perlu diteruskan dengan lebih telus, konsisten dan berprestij. Formula menentukan penerima paling layak untuk sebarang anugerah itu, perlu diperhalus­i dari semasa ke semasa.

Seingat saya, tiada penyampaia­n anugerah secara menyeluruh dalam bola sepak Malaysia sehingga tahun 90-an. Tiada rekod juga yang mengatakan FAM pernah mengadakan acara penyampaia­n anugerah ketika di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein dan Tan Sri Hamzah Abu Samah.

Namun, sambutan bola sepak Malaysia (sebelum itu Malaya), tetap gah dan intim dalam kalangan peminat, khususnya menerusi kancah kompetitif serta karisma pemain yang dicetuskan dalam Piala Malaysia.

Gelaran ‘Raja Bola’ untuk penyerang

Selangor yang berasal dari Negeri Sembilan, Abdul Ghani Minhat, antara anugerah tidak rasmi bagi menggambar­kan kehebatan beliau.

Jolokan seperti ‘Spiderman’ R Arumugam, ‘Towkay’ Soh Chin Aun dan bersemadin­ya panggilan ‘Super Mokh’ untuk Mokhtar Dahari dikenang hingga ke hari ini. Ia satu dimensi indah buat peminat bola sepak tanahair.

Penyokong bola sepak tanahair juga mempunyai jolokan tersendiri untuk pemain handalan mereka padatahun7­0dan80-an seperti Namat Abdullah, Shahruddin Abdullah,

Syed Ahmad, M Chandran, Sulaiman Rejab, Wan Zawawi Yusof, Yahya Jusoh, Chow Chee Keong, Wong Choon Wah, Rosmaini Mohd Shah, Abdah Alif, James

Wong dan Hassan Sani.

Selain menumpang seronok dengan acaraanuge­rahdan gelaran, peminat paling mengutamak­an integriti pemain dalam menghasilk­an kudrat serta kualiti kemampuan yang terbaik masing-masing, setiap masa.

Tidak dilupakan pula imej sebenar pasukan bola sepak negara di pentas antarabang­sa. Diharapkan, suasana dalam kalangan penyokong tempatan juga tidak dibuai kesamaran. Bola sepak adalah sukan nombor satu negara, sekali gus mempunyai pengaruh sosio budaya yang cukup kuat.

Kemeriahan bola sepak Malaysia seharusnya dinikmati kita semua tanpa sebarang unsur rasis, politik dan provokasi. Jumpa lagi!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia