Harian Metro

ELA BAGAI DIGANTUNG TIDAK BERTALI

-

Dalam rancak mengikuti perkembang­an setiap pasukan membuat persiapan untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan, Spy Bola tiba-tiba teringatka­n bekas jurulatih PKNS FC, E Elavarasan.

Ke manakah dia kerana selepas direhatkan oleh kelab itu pada pertengaha­n musim ini, tidak ada sebarang berita mengenai dirinya?

Spy Bola tinjau-tinjau juga kalau dia menyertai mana-mana pasukan tapi tidak ada. Tak kan pula Ela merajuk sehingga tidak mahu terbabit lagi dengan bola sepak.

Rupa-rupanya dia masih bersama PKNS kerana kontraknya hanya akan tamat pada penghujung 2018. Menurut seorang sahabat, kelab itu tidak menamatkan kontrak Ela walaupun sudah melantik Datuk K Rajagobal sebagai jurulatih.

Ini menyebabka­n Ela tidak boleh menyertai manamana pasukan walaupun ada kelab yang berminat untuk menggunaka­n khidmatnya.

Tidak tahu pula mengapa PKNS berbuat begitu kerana walaupun sudah tidak menjalanka­n tugas sebagai jurulatih, gaji Ela bersama kelab itu tetap berjalan seperti biasa.

Khabarnya, Ela pernah meminta pelepasan namun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujua­n. Dalam keadaan sekarang,

Ela ibarat digantung tidak bertali.

Spy Bola cuba dapatkan penjelasan daripada Ela sendiri namun beliau ternyata enggan memberi komen sebaliknya sekadar berkata rundingan sedang berjalan dengan positif.

 ??  ?? E Elavarasan
E Elavarasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia