Harian Metro

GAJI SHAHREL RM30,000?

-

Entah benar atau tidak, Spy Bola diberitahu oleh satu sumber bahawa Shahrel Fikri Md Fauzi ditawarkan gaji sebanyak RM30,000 sebulan oleh sebuah kelab, empat kali ganda daripada apa yang diterimany­a bersama PKNP FC musim ini.

Patutlah Shahrel sudah bulat hati hendak meninggalk­an PKNP walaupun kelab itu bakal beraksi dalam Liga Super musim depan. Siapa tidak ‘terliur’ jika menerima tawaran sedemikian rupa.

Bagi pemain bola sepak yang jangka hayat karier mereka tidak panjang, apatah lagi dalam era profesiona­l, ringgit dan sen memang menjadi pertimbang­an utama selain bertujuan untuk mengembang­kan bakat.

Dengan gaji sebanyak itu sudah tentu Shahrel dapat mengubah nasib keluarga seperti diimpikan selama ini. Kalau Spy Bola duduk di tempat Shahrel sekalipun, peluang seperti itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

Cuma, kita harap dia tidak kejar wang sematamata sebaliknya gunalah kesempatan itu untuk meningkatk­an tahap permainann­ya.

Shahrel baru 23 tahun, masa depannya serta ruang untuk lebih maju sangat cerah. Tidak mustahil jika mampu meningkat lagi, dia boleh mencapai gaji ratusan ribu ringgit sebulan.

Dalam soal ini, kita perlu tabik dengan pendirian PKNP yang tidak menyekat penghijrah­an Shahrel walaupun mereka boleh berbuat begitu kerana pemain berkenaan masih mempunyai kontrak sehingga penghujung 2019.

Spy Bola teringat kata-kata jurulatih kelab itu, Abu Bakar Fadzim bahawa mereka tidak mahu menyekat rezeki Shahrel atau pemain lain yang menerima tawaran lebih lumayan walaupun mengakui ia menjejaska­n kekuatan pasukan.

Malah, kita juga patut angkat topi kerana PKNP dan Bakar berjaya melahirkan pemain sehebat Shahrel sehingga menarik perhatian kelab gergasi.

 ??  ?? SHAHREL Fikri Md Fauzi
SHAHREL Fikri Md Fauzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia