Harian Metro

NASIB KELAB KERDIL

-

Walaupun pahit, namun inilah hakikat yang perlu ditelan oleh kelab kerdil seperti PKNP. Mereka mungkin mampu bersaing di dalam padang tapi di luar, mereka terpaksa akur dengan kuasa wang yang menjadi kelebihan pihak lawan.

Ia terbukti apabila kelab itu sekadar mampu melihat serta menggigit jari sahaja apabila pemain mereka disambar oleh kelab lain selepas menunjukka­n prestasi memberangs­angkan dalam Liga Perdana musim ini.

Selain Shahrel, PKNP kehilangan dua pemain import yang sangat berpengaru­h iaitu Kim Hyeon Woo yang berhijrah ke Terengganu FC I dan Gilberto Valdenesio Fortuna ke FELDA United.

Menurut jurulatih, Abu Bakar Fadzim mereka terpaksa mengangkat bendera putih bila berlaku persaingan untuk mendapatka­n pemain kerana tidak mampu berlawan daripada sumber kewangan.

“Kami berbelanja mengikut kemampuan kerana bajet kami terhad berbanding kelab lain. Jadi, bila pemain seperti Kim dan Gilberto mendapat tawaran daripada kelab lain, kami terpaksa berputih mata.

“Bayangkan jika gaji yang ditawarkan kepada mereka sekali ganda daripada apa yang mampu kami beri, mana mungkin mereka mahu kekal bersama kami.

“Memang sebagai jurulatih, saya mahu memiliki sebuah pasukan yang mantap serta mampu meningkat setinggi mungkin tapi kami perlu berpijak di bumi nyata.

“Sebagai jurulatih saya perlu terima hakikat ini serta tidak perlu merungut sebaliknya buat kerja sebaik mungkin,” kata Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia