Harian Metro

Beri sokongan sama rata

-

Bagi Tash komitmen dalam karier paling utama

dan tidak perlu labelkan seseorang artis

selesa buat hal sendiri.

“Apabila di lokasi penggambar­an, saya tidak suka mengambil tahu hal orang lain dan selalunya akan mengelak.

“Ini kerana saya tidak mahu menjadi mangsa nama dipetik sekali gus dikaitkan suka bercerita hal orang.

“Pada saya, apa yang paling utama tingkatkan usaha untuk persembahk­an mutu lakonan terbaik. Itu yang penting,” katanya.

Tash yang baru selesai penggambar­an drama 13 episod, Orang London Balik Kampung untuk RTM berkata, sebagai pelakon masih banyak perlu diperbaiki­nya.

“Tidak dinafikan untuk tempoh lima tahun menceburi karier seni ini, saya belum berada pada tahap stabil.

“Banyak yang perlu saya perbaiki dalam lakonan terutama aspek menjiwai watak,” katanya.

Menurut anak sulung komposer Rosli Selasih ini, sentiasa beri yang terbaik dalam lakonan penting untuk bersaing secara sihat.

“Perkembang­an industri hiburan tanah air yang makin rancak sekarang membuka peluang besar buat bakat baru.

“Jadi, untuk memastikan nama dapat bertahan komited pada kerja lakonan diterima perlu diutamakan.

“Apatah lagi, untuk pelakon seperti saya yang nama belum cukup kukuh ini. Saya tidak boleh berasa cepat selesa,” katanya.

Tash yang kini sibuk di lokasi drama Geng Tadarus sebanyak 26 episod berkata, tidak mudah juga untuk mendapatka­n sesuatu peluang.

“Oleh itu, dalam kerja saya pastikan bersungguh-sungguh dan tidak main-main walaupun berlakon watak pembantu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia