Harian Metro

Orang kuat kementeria­n

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Wajahnya pernah terpampang di iklan TV, majalah dan surat khabar. Malah, pernah bergelar pengacara TV dan penyampai radio di stesen penyiaran popular tempatan tidak lama dulu.

Tetapi sejak hampir dua tahun ini, pemilik nama Luqman Hakim Malik, 35, bagai hilang daripada dunia penyiaran tanah air.

Hang Pi Mana? minggu ini berkesempa­tan bertemu dengan pengacara dan model kelahiran Kuala Lumpur lantas bertanya khabar dan perkembang­an terbarunya.

“Saya tidak menghilang cuma beralih arah ke dunia komunikasi korporat di Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sejak awal tahun ini.

“Saya menerima tawaran menerajui bahagian komunikasi korporat itu kerana berasakan sudah tiba masa untuk menggunaka­n pengalaman dan ilmu sedia ada sebelum ini untuk membantu menaikkan imej kementeria­n,” katanya.

Berada di bawah kementeria­n itu, Luqman bertanggun­gjawab mengendali lebih 20 kakitangan dari pelbagai latar belakang dalam memastikan objektif kementeria­n sampai ke pengetahua­n pengguna.

Namun begitu, cabaran sebagai orang baru dalam bidang itu, Luqman akui bukan mudah dan mengambil masa beberapa bulan untuk menyesuaik­an diri.

Pada mulanya, dia terkejut kerana perlu menghadiri banyak mesyuarat bersama bahagian penting dalam kementeria­n terbabit.

“Saya juga ambil masa dua tiga bulan untuk menyesuaik­an diri. Pada masa sama, saya pula kena jadi bos dan perlu menghadiri banyak mesyuarat.

“Tapi kebanyakan­nya mengurus kakitangan untuk mencapai sasaran yang sudah ditetapkan kementeria­n. Cabaran lain apabila kena jadi bos kepada mereka yang lebih berusia daripada saya,” katanya.

Disebabkan perbezaan usia antara kakitangan, Luqman akui perlu bijak mengendali dan memberi arahan kepada mereka.

Katanya, dia perlu tahu siapa dirinya pada waktu dan masa sepatutnya. Apabila berada di luar waktu pejabat, mereka dihormati kerana usia dan pengalaman.

Luqman akui bidang komunikasi adalah minatnya sejak dulu. Apatah lagi dapat menghibur dan menyampaik­an maklumat kepada orang sekeliling­nya.

Pernah bergelar pengacara program bual bicara pagi, Nasi Lemak Kopi O di TV9, penyampai radio slot pagi di Ikim FM dan penyampai berita di Bernama TV, Luqman akui rindu saat berada di set.

Menurutnya, dia rindu berceloteh, bergurau senda, mendengar dan berkongsi pengalaman dengan tetamu yang hadir dalam setiap program.

Malah isteri, Zarina Ghazali dan anak, Cahaya Raisya, 10, Dahlia Raisya, 7, dan Mutiara Elraisya, 3, pernah bersuara tatkala melihat bapa mereka lebih sibuk berbanding dulu sehingga pulang malam.

Selepas dijelaskan situasi kerja yang berbeza berbanding dulu, mereka akhirnya faham.

Berbeza saat bergelar pengacara, waktunya perlu dibahagika­n sebaik mungkin agar kerja di pejabat dan dunia pengacaraa­n berjalan lancar.

“Tapi apabila sudah berada dalam dunia baru, saya perlu fokus kepada kerja. Cuma sesekali andai ada tawaran, saya akan cuba jika mendapat pelepasan daripada pihak atasan.

“Selepas sekian lama, saya bersyukur kerana berpeluang mengendali program bual bicara baru yang dibawakan KPDNKK,” katanya.

Berkongsi mengenai program bual bicara berjudul 1 Pengguna 1 Suara yang bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam di TV1, Luqman berpasanga­n dengan Heliza Helmi dan mengupas isu berkaitan kepengguna­an.

Katanya, program itu adalah insiatif Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh untuk menyampaik­an maklumat lebih luas berkaitan KPDNKK kepada pengguna.

Program bersiaran 20 episod itu mengupas pelbagai isu menarik secara santai dengan tetamu undangan dari pelbagai latar belakang.

Luqman kini beralih arah

ke dunia komunikasi

korporat di KPDNKK sejak awal

tahun ini

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ?? LUQMAN dan Heliza (kanan) dalam 1 Pengguna 1 Suara di TV1.
FOTO: LUQMAN dan Heliza (kanan) dalam 1 Pengguna 1 Suara di TV1.
 ??  ?? LUQMAN bersama keluarga.
LUQMAN bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia