Harian Metro

Lirik Sedar mudah difahami

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Caprice yakin peminat suka lagu kolaborasi bersama UNIC

Penyanyi rap, Caprice,

29, terima tawaran untuk berkolabor­asi dengan UNIC kerana menganggap ia peluang besar untuknya kembali ke dunia muzik tanah air.

Menurut penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu, dia ambil saja peluang yang datang kerana ingin bekerjasam­a dengan kumpulan nasyid terkenal di negara ini.

Kemunculan mereka bersama menerusi lagu Sedar itu juga bertepatan sekali dengan UNIC yang mahu tampil dengan pembaharua­n selepas menjuarai Gema Gegar Vaganza, April lalu.

“Selepas dua tahun tanpa single baru, kemunculan semula dengan UNIC adalah satu perkara positif untuk diri saya sendiri.

“Pada mulanya, saya gementar memikirkan bagaimana penerimaan pendengar, namun yakin peminat akan suka dengan lagu itu. Namun, persoalan yang berlegar dalam minda saya, bolehkah orang terima saya menyanyi lagu rap.

“Namun, saya yakin pendengar hari ini sangat bijak dan boleh terima pembaharua­n. Genre lagu nasyid dan rap yang saya bawa sangat berbeza, setiap genre itu juga mempunyai peminat sendiri,” katanya.

Katanya, lirik lagu Sedar sangat mudah difahami dan dia percaya peminat semua dapat terima lagu itu.

Kolaborasi itu menyaksika­n Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli menyanyi pada bahagian Rap dengan lirik ciptaannya sendiri.

Selain itu, Caprice akan muncul dengan single terbaru berduet bersama Bunkface pada Januari tahun depan.

Caprice ditemui pada pelancaran lagu Sedar bersama UNIC di Academi Cafe & Bistro, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Caprice mempunyai misi mahu mengubah pandangan masyarakat yang mudah menghakimi orang lain hanya dengan sekali pandang saja.

“Saya mahu berjihad ke jalan Allah SWT dengan mendekati umat Islam di seluruh dunia terutama golongan muda menerusi beberapa aplikasi berhubung pembelajar­an agama Islam.

“Mereka ini begitu dekat dengan media sosial, jadi saya mengambil kesempatan itu lima tahun lalu melakukan kajian mencipta aplikasi seperti Classruum. com, Mengaji,com dan terbaharu Rajin.com.

“Saya buat kempen jihad dalam pendidikan. Alhamdulil­lah, tanpa promosi ia mendapat perhatian ramai. Setiap minggu saya dapat jemputan untuk memberi ceramah di kolej dan sekolah,” katanya.

Namun kata Caprice, dia tidak mahu masyarakat melihatnya sebagai ikon agama kerana dia hanya manusia biasa yang mahu menegakkan syiar Islam.

 ??  ?? Namun, persoalan yang berlegar dalam minda saya, bolehkah orang terima saya menyanyi lagu rap
Namun, persoalan yang berlegar dalam minda saya, bolehkah orang terima saya menyanyi lagu rap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia