Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: CERMIN KASIH TV3, 2 petang PANGGUNG SABTU: HOUSE FULL TV3, 12.30 tengah malam TV CINEMA: SUPER 8 TV1, 3.05 petang PANGGUNG 1: AKU PILIH ENDINGNYA

Kehidupan Marina mulai tunggang-langgang selepas dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikat sebenar, Amran seorang pengedar dadah.

Marina dipaksa oleh Amran terbabit sama dalam kegiatan jenayah itu. Bagaimanap­un, Marina diberkas polis dan Amran pula mati ditembak.

Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan hamil. Gangguan emosi melanda Marina hingga melahirkan Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam terpaksa dipisahkan dengan Marina apabila usia Maryam tiga tahun.

Maryam dijaga ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemuk­an di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara.

Tiba hari pembebasan Marina, dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangan­nya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan.

Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selama-lamanya.

Pelakon: Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya dan Mak Engku Mengisahka­n Aarush, seorang jejaka yang kurang bernasib baik. Selepas lamaran untuk berkahwin dengan wanita idamannya ditolak, Aarush dibelasah abang wanita terbabit dan diberi amaran agar tidak menganggu adik perempuann­ya lagi.

Aarush membawa diri ke kota London dan tinggal bersama sahabat baiknya, Bob dan Hetal. Kedua-dua rakannya itu bekerja di pusat kasino yang dimiliki Kishore Samtani.

Pelakon: Akshay Kumar, Malaika Arora Khan, Riteish Deshmukh, Lara Dutta dan Randhir Kapoor Pada musim panas 1979, sekumpulan sahabat baik yang menjalani penggambar­an Super 8 menjadi saksi kemalangan kereta api di pekan kecil di Ohio.

Mereka mengesyaki kejadian itu bukannya kemalangan biasa. Mereka mula menjalanka­n siasatan namun pelbagai kejadian pelik yang terjadi di pekan berkenaan.

Pelakon: Joel Courtney, Jessica Tuck, Joel McKinnon, Miller dan Zach Mills Menceritak­an seorang wartawan lelaki diarahkan editornya menemu ramah seorang Datin yang menceritak­an keburukan suaminya. Suaminya kemudian mengupah syarikat akhbar yang lain untuk membalas pertuduhan isterinya dan jadilah satu perang media mengenai kisah mereka.

Tuan punya kedua-dua syarikat akhbar pernah bercinta dan bergaduh. Wartawan lelaki yang menulis kenyataan Datin itu pula adalah bekas suami kepada wartawan yang menulis kisah Datuk berkenaan.

Pelakon: Watie Sadali, Zahiril Adzim dan Ika Nabella

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia