Harian Metro

Kejutan Krismas untuk Mabel

-

Bayangkan turun salji di Malaysia kemudian muncul Santa Claus menunggang rusa membawa hadiah untuk diberikan kepada kanakkanak seperti dalam kisah dongeng Hari Krismas.

Imaginasi indah itu seringkali diimpikan Mabel setiap kali menjelang Hari Natal. Gadis Tionghoa itu mengalami kecacatan pada kedua-dua kakinya namun tetap menyimpan harapan besar dan bercita-cita melanjutka­n pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas serta bermain salji.

Telefilem berjudul Salji Untuk Mabel ini akan ditayangka­n hari ini (23 Disember) pada jam 10 malam menerusi saluran TV 1 (101). Ia menampilka­n barisan pelakon antaranya Ixora Chen, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna.

Walaupun Mabel dilahirkan cacat, ibu bapanya tidak pernah membezakan dengan abangnya, Miller. Keluargany­a tinggal di perkampung­an Tionghoa dan mereka satu-satunya keluarga Cina beragama Kristian di kampung berkenaan. Namun, masyarakat tidak pernah meminggirk­an mereka walaupun berlainan agama.

Memasang impian melanjutka­n pelajaran di Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara. Situasi itu menyebabka­n dia bersemanga­t untuk belajar bersungguh-sungguh.

Mabel yang bersahabat baik dengan Yuen berkongsi jurnal mengenai impiannya untuk belajar di luar negara dan keinginann­ya untuk menyambut Krismas sambil bermain salji.

Dalam diam, Yuen merancang memberikan kejutan kepada Mabel. Pada pagi Krismas, Mabel dan keluargany­a dibawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Santa Claus itu juga membawa satu lagi kejutan kepada Mabel dan keluargany­a. Apakah kejutannya? Saksikan kejutan demi kejutan yang dijanjikan pada Krismas ini.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Salji Untuk Mabel.
ANTARA babak dalam Salji Untuk Mabel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia