Harian Metro

Jimatkan masa, tenaga pekerja

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Penerapan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) pada projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Serdang, Selangor ini begitu menarik perhatian.

Agensi pelaksanaa­nnya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan HPUPM itu mula dibina Oktober 2014 serta dijangka siap September 2018.

Pihak JKR sudah mengenal pasti semua jenis binaan yang menggunaka­n sistem struktur berkerangk­a atau sistem panel dinding tanggung beban adalah sesuai untuk dilaksanak­an secara IBS.

Menurut Arkitek Penguasa Kanan JKR Azman Md Hashim, IBS adalah kaedah pembinaan yang komponenny­a dihasilkan dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan menggunaka­n pekerja minimum di tapak.

“Dari sudut klasifikas­i struktur, IBS boleh dikategori­kan kepada beberapa kumpulan utama.

“Pertama sistem kerangka, panel dan kekotak konkrit pratuang.

“Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding pratuang.

“Selain komponen pasang siap tiga dimensi seperti tangga, langkan dan tandas,” katanya.

Azman berkata sistem acuan juga termasuk dalam kumpulan utama.

Acuan bagi komponen konkrit tuang di situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali.

Malah Acuan ini biasanya diperbuat daripada plastik, gentian kaca, keluli, aluminium dan bahan logam lain.

“Bagi sistem kerangka keluli, komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem kekuda bumbung pasang siap dan seumpamany­a yang diperbuat daripada kayu.

“Sementara sistem blok pula merujuk kepada penggunaan blok jitu termasuk blok konkrit ringan, blok bercantum dan seumpamany­a.

“Begitu juga dengan sistem terbuka yang bermaksud sistem pembinaan bangunan atau komponen bangunan secara IBS yang tidak terhad kepada pemunya atau ‘proprietor’ tertentu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Turut tersenarai dalam kumpulan utama adalah reka bentuk standard yang bermaksud bentuk atau rupa bentuk lazim komponen ditentukan berdasarka­n saiz dan ukuran.

Azman berkata, hingga 15 September lalu kemajuan fizikal projek HPUPM itu adalah 52 peratus berbanding jadual asal 40 peratus.

“Ini antara kelebihan penerapan IBS yang dilihat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia