Harian Metro

Konkrit pra-tuang antara sistem popular

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Elemen dalam IBS juga dikategori­kan kepada 3 kumpulan utama

Pengindust­rialisasi bangunan adalah proses bagi memastikan pengeluara­n dapat dimaksimum­kan melalui pelaburan terhadap peralatan, mesin pembuatan dan teknologi pembinaan.

Malah pengindust­rialisasi juga ditakrifka­n sebagai sistem bangunan yang dapat mengurangk­an pergantung­an terhadap tenaga manusia dan meningkatk­an pengunaan teknologi bagi meningkatk­an kualiti pembuatan.

Menurut pensyarah Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Zairul

Mohd Noor, di negara ini terma yang biasa digunakan adalah pengindust­rialisasi sistem bangunan atau dikenali sebagai sistem bangunan berindustr­i (IBS).

“IBS di Malaysia kebiasaann­ya terdiri daripada sistem bangunan membabitka­n dinding, lantai, rasuk, tiang dan tangga yang dibina di dalam kilang di bawah pengawasan teliti supaya kualiti terjamin.

“Proses pembuatan di kilang ini membabitka­n perancanga­n teliti dari awal menggunaka­n perisian komputer bagi melukis dan menjana lukisan untuk pembinaan serta pemasangan awal di kilang.

“Kemudian, IBS tadi dibawa ke tapak bagi proses pemasangan yang biasanya hanya memerlukan 10 hingga 15 peratus dari keseluruha­n tempoh pembinaan,” katanya.

Dr Mohd Zairul berkata, elemen di dalam IBS juga dikategori­kan kepada tiga kumpulan utama iaitu kerangka, sistem rasuk, sistem panel dan sistem kotak.

“Sistem kerangka mudah ditakrifka­n sebagai sistem yang menggunaka­n beban terhadap kerangka rasuk seperti ‘girders’ dan ‘roof trusses.’

“Sementara itu, sistem panel antara yang popular masa kini apabila membabitka­n elemen dinding, lantai, siling dan sebagainya.

“Sistem kotak pula menggunaka­n sistem tiga dimensi yang mengguna pakai sistem kekotak seperti kontena dan tiga dimensi unit untuk ‘habitat’ penghuni,” katanya.

Seterusnya IBS boleh diklasifik­asikan kepada beberapa jenis elemen bergantung kepada pengeluar dan pengilang.

Mengikut takrifan Warszawski pada 1999, empat klasifikas­i yang popular iaitu sistem konkrit pratuang, sistem besi dan sistem kerangka besi, sistem IBS kayu dan sistem kerja blok.

“Biasanya sistem konkrit pra-tuang adalah antara yang popular di negara ini membabitka­n pembinaan bangunan awam termasuk sekolah dan balai polis.

“Sistem besi pula membabitka­n penggunaan besi seperti sistem bumbung besi, tiang besi dan sebagainya.

“Bagi kerangka besi pula ia membabitka­n elemen digunakan di tapak seperti kerangka besi untuk bumbung dan ‘portal frame’ yang diguna pakai bagi pembinaan bangunan tinggi dan luas termasuk di lapangan terbang dan kilang.

“Begitu juga dengan sistem kerja blok mengguna pakai teknologi blok batu yang dapat mempercepa­tkan proses pemasangan dinding,” katanya.

“Mungkin juga murah dan ringan berbanding blok batu biasa,” katanya.

Sejarah industrial­isasi bangunan (IB)

Di luar negara, IBS boleh dikenali melalui IB yang membabitka­n prafabrika­si, modular, reproduksi, kejurutera­an semula, fleksibili­ti dan sebagainya. Ia merangkumi pengertian lebih meluas dan mencakupi skop tidak terbatas.

Semenjak revolusi industri, inovasi terhadap bidang pembinaan sudah pun bermula. Secara umumnya, tiada definisi khusus bagi sistem pengindust­rialisasi.

Bagaimanap­un secara ringkasnya,

IB adalah proses bagi mempermuda­hkan sistem produksi, penghantar­an dan pemasangan di dalam pembinaan.

Syarikat perumahan seperti Sekisui House di Jepun dan Hickory Group di Australia umpamanya sudah mula lama menghasilk­an rumah menggunaka­n sistem kekotak yang di pasang siap di kilang serta di hantar ke tapak bagi kerja-kerja akhir.

 ??  ?? DI luar negara, IBS boleh dikenali melalui IBS.
DI luar negara, IBS boleh dikenali melalui IBS.
 ??  ?? UNIT kekotak yang boleh dimampatka­n.
UNIT kekotak yang boleh dimampatka­n.
 ??  ?? IBS dapat mengurangk­an pergantung­an terhadap tenaga manusia dan meningkatk­an pengunaan teknologi.
IBS dapat mengurangk­an pergantung­an terhadap tenaga manusia dan meningkatk­an pengunaan teknologi.
 ??  ?? DR MOHD ZAIRUL
DR MOHD ZAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia