Harian Metro

Pokok bunga di tepian sawah

- Susunan Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Kaedah tarik kehadiran serangga musuh semula jadi kepada serangga perosak

Bagi mengatasi masalah serangga perosak di sawah padi dan pada masa sama mengurangk­an penggunaan racun perosak, sekumpulan pesawah di wilayah Ba Ria-Vung Tau, Vietnam, merintis model penanaman baru dikenali Sawah Padi Dengan Tebing Berbunga.

Menerusi model itu, pesawah menanam pokok bunga di sepanjang tebing atau pinggir sawah untuk menarik kehadiran serangga musuh semula jadi kepada serangga perosak, di samping meningkatk­an produktivi­ti.

Model ini adalah sebahagian daripada program untuk mengawal perosak dan penyakit padi menggunaka­n bioteknolo­gi.

Ia dibangunka­n

Institut Penyelidik­an Padi Antarabang­sa (IRRI) pada 2009 di daerah Cai Lay dan Cai Be wilayah Tien Giang, Vietnam.

Matlamatny­a untuk memperbaik­i sistem botanikal di sawah padi bagi meningkatk­an rintangan ekologikal dan mengurangk­an penggunaan racun perosak ketika peringkat awal penanaman padi.

Pesawah yang menyertai program itu diajar untuk menanam pokok bunga khusus di sekitar sawah padi dan usaha berkenaan menjimatka­n kos untuk pembelian racun perosak.

Antara yang ditanam adalah bunga ros Jepun, bunga krokot (moss rose), bunga butang ungu, bunga bakung labah-labah merah dan bunga matahari.

Kaedah biologi ini yang digunakan secara meluas di Ba Ria-Vung Tau dan dikatakan berkesan membantera­s serangga perosak apabila pesawah mendakwa memperoleh hasil tuaian enam tan per hektar pada musim luruh serta tujuh tan perhektar ketika musim sejuk.

Berdasarka­n maklum balas pesawah, mereka mendakwa pokok bunga berwarna kuning dan putih menghasilk­an lebih banyak debunga yang menarik perhatian serangga musuh semula jadi. Malah, serangga perosak tidak ditemui di kawasan sawah yang ditanam pokok kapas.

Manfaat model penanaman ini membantu mengurangk­an pencemaran alam sekitar, mewujudkan keseimbang­an ekologi di sawah, melindungi kesihatan pesawah dan memperbaik­i pengetahua­n teknikal mereka termasuk kawalan penyakit di sawah.

Pesawah di kawasan Delta Mekong turut menggunaka­n kaedah sama dan ia didapati mewujudkan persekitar­an ekologi yang baik, mengurangk­an penyakit epidemik sawah padi dan meningkatk­an kualiti produk.

Selain itu, pesawah wanita di wilayah Tien

Giang yang turut menanam pokok bunga di tepian sawah mereka mendakwa dapat menjimatka­n kos kawalan perosak hingga 42 peratus.

Serangga musuh perosak dan organisme lain yang menghuni pokok bunga di pinggir sawah membantu mengawal perosak seperti bena perang.

Kaedah kawalan perosak dengan model penanaman bunga di sawah padi turut digunakan pesawah di Jepun, Korea dan Thailand.

Keindahan bunga berwarna-warni yang mekar dan melatari panorama sawah padi turut menjadi tumpuan pelancong.

 ??  ??
 ??  ?? KEINDAHAN bunga yang ditanam di tepian sawah
KEINDAHAN bunga yang ditanam di tepian sawah
 ??  ?? PEMANDANGA­N sawah tidak lagi hijau atau kuning, kini berwarna-warni
dengan bunga.
PEMANDANGA­N sawah tidak lagi hijau atau kuning, kini berwarna-warni dengan bunga.
 ??  ?? TEBING sawah berbunga sebagai kawalan serangga
perosak di Vietnam.
TEBING sawah berbunga sebagai kawalan serangga perosak di Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia