Harian Metro

Gelap warna pilihan 2018!

-

Salam deko. Secara umumnya warna memang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam penghasila­n suasana dan karakter ruang. Warna turut bermusim dan berkembang mengikuti peredaran zaman. Beberapa warna mengalami perubahan bahkan muncul juga warna baru dari kombinasi sedia ada. Kepelbagai­an pilihan warna memudahkan anda untuk membuat satu kesan baru pada ruang tertentu di kediaman. Setiap tahun warna yang berbeza diramal bakal menjadi pilihan utama.

Faktor ramalan warna biasanya bergantung kepada trend semasa, pengaruh dekorasi dari dalam dan luar negara serta cita rasa yang sentiasa berubah-ubah. Bagaimanap­un, beberapa warna diramal menjadi pilihan pada 2018 kelak. Ini sekadar ramalan sematamata kerana pilihan yang sebenarnya masih terletak di tangan anda. warna gelap banyak digunakan pada untuk dekorasi ruang.

Bukan hanya pada dekorasi ruang, tapi turut membabitka­n keseluruha­n barangan perabot seperti bangku, meja, lampu diri, dan rak semuanya berwarna gelap.

Pilihan warna gelap, termasuk hitam ‘tegas’, sebenarnya mampu memberikan satu nuansa lain yang unik dan menarik.

Warna gelap juga dianggap cenderung untuk menghilang­kan tenaga pada sesebuah ruang dalam beberapa situasi.

Jika penggunaan­nya benar-benar padan dan tepat, ia berupaya melahirkan suasana ruang penuh bersemanga­t.

Selain warna minimalis hitam dan putih, tahun 2018 juga dikatakan akan ‘menghadirk­an’ warna minimalis lain seperti hijau muda dan merah muda.

Kedua-dua warna itu dilihat sebagai satu kombinasi baru bagi menghasilk­an kediaman yang lebih segar. jambu, 2018 adalah tahun yang dinanti kerana aneka rona dari warna itu mendominas­i warna dekorasi.

Dimulai dengan warna cat dinding hingga seluruh perabot.

Tidak hairanlah kini beberapa syarikat pengeluar cat utama menghasilk­an pelbagai kombinasi dan rona warna merah jambu yang lebih bervariasi.

Namun dekorasi ruang tamu biasanya ‘sukar’ jika menggunaka­n warna tema merah jambu keseluruha­nnya.

Ada yang takut menggunaka­n warna itu kerana ia sinonim dengan feminin atau kewanitaan.

Pelbagai idea dekorasi ruang tamu merah jambu sebenarnya dapat digabungka­n dengan warna lain.

Ia boleh dieksplora­sikan dengan gabungan sesuai termasukla­h merah jambu terang, merah jambu gelap dan merah jambu pastel.

Malah ada juga yang mencampurk­an warna itu dengan putih supaya nampak lebih asli dan tidak terlalu menonjol.

Mampu lahirkan suasana ruang

penuh bersemanga­t

 ??  ?? MERAH jambu antara yang diramal menjadi pilihan 2018.
MERAH jambu antara yang diramal menjadi pilihan 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia