Harian Metro

Segarkan udara, menyerap radiasi

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Persekitar­an yang hijau dalam bangunan terutama pejabat membantu meningkatk­an perasaan positif, mengurangk­an kebimbanga­n, marah dan sedih.

Tumbuhan kecil dalam balang kaca atau dikenali sebagai terarium adalah jenis pokok yang boleh anda bawa dalam pejabat tanpa perlu bersusah payah menjaganya.

Selain penjagaan yang minimum, terarium mampu menyegarka­n udara dalam pejabat, menyerap radiasi daripada peranti elektrik, membersih dan melembapka­n udara tercemar, mengurangk­an tahap tekanan, menajamkan fokus mental, memperbaik­i mood dan menurunkan kadar jantung serta tekanan darah.

Terarium terbahagi kepada jenis terbuka iaitu tumbuhan kecil yang ditanam dalam balang kaca tanpa penutup dan lazimnya menggunaka­n tumbuhan yang memerlukan keadaan kering seperti kaktus dan sukulen.

Ia tidak mempunyai kitaran air sendiri bermaksud perlu disiram dengan kerap sekurangku­rangnya seminggu sekali atau apabila tanahnya kelihatan kering.

Terarium tertutup pula adalah tumbuhan kecil yang ditanam dalam balang kaca bertutup. Ia mempunyai kitaran air sendiri dan hanya perlu disiram sekurangku­rangnya sebulan sekali.

Tumbuhan lembap yang sesuai seperti paku-pakis, pokok memanjat dan lumut. Jangka hayatnya hingga tiga tahun berbanding terarium tertutup yang mampu bertahan setahun.

Pakar seni hias terarium, Loo Chuang Kiak berkata, kaedah menanam tumbuhan ini unik kerana menggunaka­n jenis pokok tertentu yang memiliki ciriciri tahan lasak untuk hidup dalam ruang sempit dan penyerapan air serta cahaya matahari yang minimum.

Tidak semua tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilk­an terarium kerana keadaan dalam balang kaca berbeza dengan persekitar­an luar. Hanya tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri semula jadi yang boleh hidup tanpa penjagaan rapi digunakan dalam seni hias ini.

“Terdapat empat jenis tumbuhan utama digunakan dalam seni hias terarium. Penggunaan pokok udara atau Tillandsia paling popular kerana tanaman ini tidak memerlukan tanah,

tapi menyerap air dan nutrien dari udara di persekitar­annya. Walaupun memerlukan sedikit penjagaan, ia mampu memberikan suasana hijau.

“Bagi pokok sukulen, penjagaann­ya juga mudah kerana ia tumbuhan yang menyimpan air dalam batang atau kelopaknya. Kelebihann­ya, pokok sukulen terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna sekali gus mengindahk­an persekitar­an.

“Lumut pula sering digunakan dalam terarium bertutup kerana mampu mengitar semula air sendiri. Kelembapan udara terperangk­ap pada dinding balang menjadi titik-titik air sebelum diserap oleh lumut.

“Terarium tropika pula adalah kombinasi pelbagai tumbuhan kecil balang tertutup atau terbuka. Ia antara dekorasi moden yang kian popular kini. Memerlukan penjagaan minimum dan bertindak sebagai taman mini dalaman,” katanya.

Beliau ditemui pada bengkel seni hias terarium anjuran Colgate sempena pelancaran Colgate Naturals yang menggunaka­n ekstrak semula jadi seperti lidah buaya, lemon, minyak tea tree untuk penjagaan gigi, baru-baru ini.

Loo berkata, walaupun tumbuhan untuk terarium memerlukan penjagaan minimum, namun pembuatnya memerlukan teknik khusus dan pengetahua­n asas bagi memastikan tumbuhan dapat hidup lebih lama dalam balang kaca, selain menarik dipandang.

“Bagi menyediaka­n persekitar­an optimum dalam balang, susunan bahan dasar bermula daripada batu kerikil kecil, lumut kering, campuran komposit tanah dengan formula tertentu.

“Lumut lembap yang diimport dari Belanda digunakan kerana ia lebih tebal berbanding lumut tempatan yang tidak boleh bertahan. Lumut adalah antara tumbuhan hiasan yang boleh hidup lama biarpun dalam bekas tertutup.

“Kemudian, terarium dihias dengan batu sungai atau batu air terjun serta pokok-pokok pilihan.

Malah, patung mini atau alat permainan kecil juga boleh menjadi aksesori tambahan,” katanya.

Katanya, sebarang bahan daripada plastik dilarang diletak dalam balang kerana ia membebaska­n toksik yang boleh menjejaska­n tumbuhan.

 ??  ?? 1.BAHAN asas digunakan untuk seni hias terarium.
2.BATU kerikil kecil dimasukkan ke dalam balang sebagai lapisan pertama.
3.LUMUT kering dimasukkan sebagai lapisan kedua dan dimampatka­n.
4.MASUKKAN campuran komposit tanah dimasukkan dengan cermat...
1.BAHAN asas digunakan untuk seni hias terarium. 2.BATU kerikil kecil dimasukkan ke dalam balang sebagai lapisan pertama. 3.LUMUT kering dimasukkan sebagai lapisan kedua dan dimampatka­n. 4.MASUKKAN campuran komposit tanah dimasukkan dengan cermat...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia