Harian Metro

Taman ilhamkan kreativiti

-

Kehijauan menenangka­n di laman kediaman Raja Azhar

dinding kaca lut sinar di tingkat atas.

Dahan yang berjuntaia­n dengan kuntuman bunga kertas kemerahan menghiasi muka depan rumah bagaikan berfungsi menapis kepanasan cahaya dari luar ke dalam.

Tambah redup apabila bahagian tertentu taman diselitkan dengan pokok buah-buahan yang sesetengah­nya sudah pun mengeluark­an hasil.

Pokok renek tidak ketinggala­n ditanam, antaranya sepit udang (heliconia), orkid dan duitduit.

Duit-duit adalah sejenis tumbuhan menumpang di samping pokok sarang burung, aneka palma dan puding.

Pokok heliconia dan halia bara berbunga mekar, menyerikan kawasan jeriji tingkap. Penggunaan jeriji kayu jenis ukiran tebuk membiaskan tema suasana kampung tropika.

Halaman depan di luar pintu masuk, disambut bangku taman yang disusun sekelompok.

Kelainan terserlah menerusi kehadiran gantungan arca kaca aneka warna, hasil karya seninya yang dipamerkan di siling anjung depan.

“Kaca itu berupa piring berwarna-warni ni diubah suai menjadi terendak lampu gantung,” katanya.

“Malah kawasan tumpuan juga di belakang rumah, yang menempatka­n ruang tamu terbuka dan kolam.

“Sengaja saya lengkapkan­nya dengan tempat duduk dan meja seperti restoran kerana rumah saya ini kerap dikunjungi pelawat secara berkumpula­n.

“Di sinilah saya merai dan menjamu mereka,” katanya.

Tarikan lain di lamannya adalah titi merentasi kolam ikan dan kolam air pancuran yang menghubung­kan lantai rumah dengan halaman kolam.

 ??  ?? SUASANA hijau di segenap laman. Tentunya ia membantu saya untuk lebih fokus kerana suasana hijau dan tiada gangguan
SUASANA hijau di segenap laman. Tentunya ia membantu saya untuk lebih fokus kerana suasana hijau dan tiada gangguan
 ??  ?? BANGLO indah Raja Azhar ini diserikan dengan pelbagai tanaman berbunga.
BANGLO indah Raja Azhar ini diserikan dengan pelbagai tanaman berbunga.
 ??  ?? POKOK heliconia antara penyeri landskap.
POKOK heliconia antara penyeri landskap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia