Harian Metro

6 KAGUMKAN PENONTON

-

Crossing Borders in Bharatanat­yam tampilkan penari bukan India capai tahap tertinggi

tempoh 10 tahun, Bharatanat­yam menjadi salah satu kursus wajib selain tarian Melayu, Cina, Sabah, Sarawak, balet dan kontempora­ri yang perlu penuntut lengkapkan.

“Bersesuaia­n dengan tajuk produksi Crossing Broders yang membawa maksud melangkah sempadan, penari ini boleh melangkau budaya sendiri ke dunia lain iaitu Bharatanat­yam.

“K eunikan dan keindahan tarian ini sering mendapat perhatian penonton dan penuntut yang mempelajar­inya kerana ia menguji kecekapan penari dari segi hentakan kaki, emosi dan rasa bagi menyampaik­an cerita melalui pergerakan dalam tarian,” katanya.

Penari, Mohd Imran Syafiq Mohd Affandi,

26, berkata, dia dan lima rakan melakukan latihan insentif selama dua bulan bagi memastikan tarian ini memuaskan hati penonton.

“K ami perlu melakukan latihan insentif dua bulan sebelum pementasan kerana banyak cabaran yang perlu dilalui.

“Antara cabarannya ialah kami perlu mengekalka­n kekuatan stamina kerana persembaha­n kedua berdurasi selama 48 minit tanpa henti.

“Bukan saja fizikal, malah mental turut diuji kerana kami perlu memahami muzik, bahasa serta lirik lagu dalam bahasa Tamil.

“Lebih mencabar, kami perlu mengingati langkah tarian dan menghayati watak lakonan bagi menghidupk­an persembaha­n,” katanya.

K atanya, dia berharap belia memahami dan menghargai seni tarian bukan saja daripada budaya sendiri malah bangsa lain juga.

“Perkara ini penting supaya masyarakat tahu melalui seni budaya, kita dapat menyerlahk­an identiti Malaysia di mata dunia,” katanya.

Crossing Borders in Bharatanat­yam sudah melalui beberapa siri persembaha­n yang dipentaska­n di sekitar K uala Lumpur seperti di Panggung Eksperimen ASWARA, K uala Lumpur Performing Arts Centre (K LPac), Damansara Performing

Arts Centre (DPAC) dan The Indian Council for Cultural Relations, K L (ICCR).

Selain itu melalui penajaan ICCR, persembaha­n ini juga pernah dipentaska­n di New Delhi dan Jammu, India, bersempena Festival Muzik dan Tari Antarabang­sa 2014.

 ??  ?? ANTARA gerakan yang dipamerkan.
ANTARA gerakan yang dipamerkan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia