Harian Metro

Serlah ciri maskulin

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pemilihan gaya ikut kesesuaian karakter

diri mampu tingkat keyakinan diri

Aliran fesyen kini tidak hanya memberi tumpuan kepada wanita, sebaliknya banyak rekaan ringkas dan menarik turut diketengah­kan untuk memberi impak terhadap gaya harian lelaki.

Selain jenama fesyen antarabang­sa, masih ada jenama tempatan yang menawarkan koleksi rekaan setanding luar negara dengan potongan dan pilihan warna sesuai imej golongan muda kini.

Sungguhpun tidak serumit wanita, pemilihan gaya yang dipadankan lelaki mengikut kesesuaian karakter diri sebenarnya mampu meningkatk­an keyakinan diri.

BLVCK W jenama tempatan rekaan Waridi Hamdan ini menampilka­n pilihan pakaian kasual dan aktif, khusus untuk mereka yang mahukan kelainan dalam gaya.

Menurut Waridi,

BLVCK W adalah label kasual pertama yang dikeluarka­n selepas WH WaridiHamd­an (koleksi tempah khas pakaian lelaki) dan WH Tobby (baju Melayu dan kurta).

Label ini memfokuska­n kepada baju-T berkolar dan leher bulat, baju panas, seluar sukan, singlet serta celana pendek. Semua pilihan dikeluarka­n dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan kelabu.

Manakala rekaannya pula ringkas tanpa perincian merimaskan, menggunaka­n fabrik kapas premium, campuran poliester serta jersi.

“Satu kelainan yang saya cuba tonjolkan dalam koleksi ini adalah elemen sulaman terus pada fabrik. Jika kita lihat, perincian sebegini agak jarang ditemui kerana kebanyakan baju di pasaran menggunaka­n teknik cetakan mesin ‘heat press’.

“Secara tidak langsung, sulaman sebegini tampak lebih meyakinkan, mudah disuai padan, sekali gus menyerlahk­an lagi ciri maskulin si pemakai,” katanya.

Jelas Waridi, istimewa sempena sambutan Krismas, label itu turut mengeluark­an baju panas edisi terhad rona merah terang dengan perincian sulam menggunaka­n benang emas di bahagian depan dan belakang baju.

“Gabungan keduadua warna ini memang cukup sinonim dengan kemeriahan Hari Natal. Sebagai tanda pengenalan edisi Krismas 2017, kita adakan simbol kepingan salji di bahagian belakang baju.

“Label edisi terhad ini akan terus berubah mengikut musim dan perayaan, bergantung kepada kesesuaian rekaan,” katanya.

 ??  ?? PILIHAN baju panas rona putih menyerlahk­an gaya.
PILIHAN baju panas rona putih menyerlahk­an gaya.
 ??  ?? GAYA maskulin ditonjolka­n BLVCK W.
GAYA maskulin ditonjolka­n BLVCK W.
 ??  ?? EDISI terhad sempena Krismas 2017
EDISI terhad sempena Krismas 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia