Harian Metro

Corak dan warna

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Fashion Republik Kuala Lumpur 21 (FRKL21) cukup sinonim dengan wanita muda yang gemarkan sepatu gaya moden dan selesa dengan sentuhan mewah.

Siapa tidak kenal pemiliknya, Ashhry Atan. Anak muda kelahiran Johor yang kerap membahasak­an diri sebagai Kak Maneh ini cukup ramah melayan pertanyaan pengikut jenama itu di laman Instagram.

Malah, dek gelaran unik itulah pelanggann­ya tidak segan bertanya apa saja kekeliruan mengenai sepatu di butiknya hingga jualan kasut rekaannya laris bak pisang goreng panas.

Singgah di butik

FRKL21 di The Strand, Kota Damansara baru-baru ini, Ashhry sempat bercerita mengenai gaya sepatu yang akan ditampilka­n sepanjang 2018 nanti.

Katanya, dia mahu terus mengekalka­n tanda pengenalan jenama itu yang sinonim dengan pilihan sepatu bertumit tinggi, selesa dan berwarna-warni.

“Sepanjang tahun ini, kami boleh lihat ramai wanita tertumpu kepada sepatu jenis baji. Mungkin kerana orang sekarang sukakan fesyen potongan longgar seperti palazo dan gaun, jadi mereka pilih sepatu kami untuk dipadankan dengan gaya.

“Bagaimanap­un, pada 2018, kami akan lebih fokus kepada sepatu jenis platform, baji dan yang bertumit besar serta tinggi. Sementara pilihan warna, variasi rekaan dan keselesaan menjadi bonus buat pemakai,” katanya.

BERSAING JENAMA MEWAH

Menurut sahabat baik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ini, dia cukup senang melayan pertanyaan ramai wanita yang ingin tahu mengenai perbezaan sepatu rekaannya dengan pilihan sedia ada di pasaran.

“Kalau orang tanya apa bezanya, sudah tentulah banyak, terutama dari segi pilihan warna, material, rekaan, keselesaan dan harga. Sebagai pereka, saya suka menghasilk­an kasut pelbagai warna dan ketinggian.

“Setakat ini, tinggi maksimum sepatu di butik ini antara lima hingga enam inci. Malah, saya rasa, semakin tinggi sepatu, semakin bagus. Tetapi ada pula yang bertanya, selesa ke?

“Kebiasaann­ya, apabila kasut rekaan siap untuk percubaan, saya akan minta pekerja butik pakai sekurang-kurangnya untuk seminggu bagi memastikan ia selesa, stabil dan memenuhi kehendak wanita. Selepas berpuas hati, barulah kita akan teruskan dengan kerja pembuatan di kilang,” katanya.

Jelas Ashhry, pelanggan yang pernah datang ke butik untuk mencuba, biasanya tahu apa kelebihan kasut yang dihasilkan. Ia bukan setakat mengikut trend semasa, tetapi menepati cita rasa golongan muda, remaja hinggalah wanita dewasa yang suka bergaya.

“Pelanggan juga datang dari pelbagai latar belakang. Ada pelajar menengah, penuntut kolej, wanita berkerjaya, artis, selebriti dan kenamaan. Mereka sukakan sepatu di sini bukan sebab unik sematamata, tetapi selesa, tampak mewah dan harganya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia