Harian Metro

Pilihan istimewa untuk cenderahat­i

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Barang kemas dengan watak kartun, bentuk

perhiasan boleh disuai padan karakter

pemakai

Kemilau Pandora ketika pembukaan butik barunya di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini menyerlah penuh gaya. Malah, sejak sebelum pembukaan lagi, butik berlatarbe­lakangkan rona putih dengan kemasan ala Inggeris itu sudah diintai pengikut jenama barang kemas terbabit.

Siapa pun pasti teruja apabila Pandora bermurah hati menawarkan 23 kad hadiah bernilai hampir RM3,000. Ia tidak termasuk hadiah promosi pembukaan iaitu seutas gelang Pandora Rose bernilai RM419!

Menurut Pengarah Urusan Pandora Malaysia Datin Seri Zarida Nordin, beliau teruja dengan sambutan peminat jenama itu yang menanti pelancaran sejak sehari sebelum pembukaan butik berkenaan.

“Memandangk­an pembukaan ini seiring sambutan Krismas, kami bawa banyak pilihan barang kemas istimewa, sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang.

“Pada masa sama, kami turut melancarka­n koleksi Disney, terdiri daripada gelang tangan dan charm berukir watak kartun lincah seperti Mickey dan Minnie Mouse, Olaf, Cinderella dan Elsa,” katanya.

Tidak banyak beza dengan Krismas sebelumnya, tahun ini Pandora juga masih mengetenga­hkan ikon wajib seperti Santa Claus, pokok krismas, ‘gingerbrea­d man’ dan loceng sebagai tarikan.

Tambah meriah, Pandora juga menyediaka­n pelbagai bentuk charm yang menampilka­n simbol tradisi Krismas termasuk kepingan salji serta kilauan perhiasan rona biru, hijau dan merah berserta perincian batu permata.

Bukan itu saja, bagi yang merancang mendapatka­n hadiah untuk hari jadi atau penghargaa­n buat yang tersayang, masih terdapat pilihan gelang emas dan emas mawar bersama butiran charm pelbagai bentuk dan warna.

Seiring trend semasa, ramai wanita kini semakin kreatif menggabung­kan perhiasan emas, emas mawar dan perak untuk membentuk gelang Pandora menarik, seimbang serta sempurna.

Reka bentuk menawan, kerja tangan yang kemas dan kombinasi tanpa had membuatkan koleksi rantai tangan charm cukup lengkap jika digandingk­an bersama cincin dan subang permata untuk menampilka­n gaya dramatik.

Charm yang dihias pada gelang boleh dijadikan loket rantai leher untuk mengubah penampilan supaya lebih anggun dan mewah ketika menghadiri majlis istimewa.

Untuk remaja dan wanita yang meminati watak Disney, Pandora menyediaka­n banyak pilihan watak dan bentuk perhiasan yang boleh disuaipada­nkan dengan karakter dan peribadi pemakai!

 ??  ?? PERHIASAN indah untuk yang tersayang. WATAK Mickey dan Minnie tampak manis buat anak remaja.
PERHIASAN indah untuk yang tersayang. WATAK Mickey dan Minnie tampak manis buat anak remaja.
 ??  ?? KOLEKSI Disney menjadi rebutan peminat watak kartun comel.
KOLEKSI Disney menjadi rebutan peminat watak kartun comel.
 ??  ??
 ??  ?? PILIHAN menarik sempena Krismas.
PILIHAN menarik sempena Krismas.
 ??  ?? CINCIN potongan ringkas dan menawan.
CINCIN potongan ringkas dan menawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia